AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Sunday, July 26, 2009

Biro Sosial



25 Julai 2009


Kejohanan Boling Ten-Pin
di Ampang Super Bowl, Metro Point, Kajang

Pengerusi bersama Puan Ratna dan Puan Norhashimah telah memeriahkan lagi kejohanan ini dengan mengambil bahagian dalam acara VIP Wanita bersama dengan lima orang wakil dari pejabat Dun Semenyih.

Penglibatan sebegini sedikit sebanyak telah berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan ahli-ahli WI sekitar Semenyih.

.

Saturday, July 25, 2009

Biro Amal dan Kebajikan



RUANGAN INI AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KE SEMASA

25 Julai 2009

AJK beserta beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Tg Ratna, isteri kepada Ibrahim (10459) di wad bersalin Hospital Kajang, melahirkan anak perempuan (anak ke 5).

18 Julai 2009


Pengerusi serta beberapa orang ahli PERSIAP Kajang menziarahi Puan Azie serta keluarga di Hospital Kajang kerana kematian ibu mertua beliau lebih kurang pada jam 1.00 petang tadi. Jenazah dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Hospital Kajang. Segala urusan selesai lebih kurang jam 5.30 petang tadi. Jenazah dibawa dengan van jenazah Penjara Kajang ke Jitra, Kedah untuk dikebumikan di sana atas permintaan keluarga arwah. Al Fatihah.

17 Julai 2009

Pengerusi beserta AJK PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi dua orang ahli PERSIAP Kajang di Wira Jaya:-

Puan Zakiah Ariffin, salah seorang AJK PERSIAP Kajang, di rumah beliau (Blok Serindit) yang telah selamat melahirkan anak ke-empat (lelaki).

Puan Zarodah, isteri kepada Koperal Azhar (6757) di rumah beliau (Blok Kenari, Wira Jaya) yang mengalami kecederaan bahu akibat terjatuh dan telah diberikan cuti sakit sehingga bulan Ogos bagi membolehkan beliau menjalani sesi terapi di Hospital Kajang.

16 Julai 2009

Pengerusi dan ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi Puan Zaharah, isteri kepada Sarjan Zubir yang kemalangan ragut di Wad 4, Hospital Kajang. Kemalangan motor akibat diragut pada 15 Julai 2009, sewaktu dalam perjalanan menuju ke Sekolah Sg Jelok, tempat beliau mengajar. Semoga Puan Zaharah cepat semboh dari kecederaan patah kaki kiri serta cedera di bahagian mulut beliau. Puan Zaharah juga dijangka akan dibedah bagi merawat kaki yang patah pada hari Isnin, 20 Julai 2009.




4 Julai 2009

Seramai 23 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Koperal Tarmizi di Hospital Kuala Lumpur kerana baru menjalani pembedahan barah di bahagian buah pinggang beliau. Marilah kita sama-sama berdoa supaya beliau cepat sembuh dan dapat segera kembali kepada keluarga dengan kesihatan yang lebih baik.
.
.

Tuesday, July 21, 2009

Aktiviti bersama PERSIAP Malaysia



20 Julai 2009
2.00 petang - 5.00 petang

Pengerusi bersama 6 orang ahli PERSIAP Kajang telah bersama-sama dengan Yang diPertua PERSIAP Malaysia, Y. Bhg. Datin Hjh Noraini bt Hj Man dan beberapa orang AJK PERSIAP Majlis Tertinggi meraikan lawatan Pengerusi PUSPANITA KKDN, Y. Bhg Datin Nabihah bt Hj Hassan.

Antara agenda lawatan yang telah dibuat adalah penyampaian amanat oleh Y.Bhg Datin Nabihah bt Hj Hassan kepada Yang diPertua PERSIAP serta ahli-ahli PERSIAP yang hadir pada petang itu. Lawatan ke Penjara Wanita Kajang juga telah dilakukan dan akhir sekali sebelum majlis bersurai, para tetamu telah dijamu dengan hidangan Laksa Johor yang disediakan oleh pihak katering Penjara Wanita Kajang.

Saturday, July 11, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah Siri III































.



























































































































































































































































































































































Kursus Pengurusan Jenazah - Siri III
anjuran PERSIAP Kajang dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
11 Julai 2009 @ 8.30 pagi
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Sg Jelok, 43000 Kajang

Seramai 50 ahli-ahli dari PERSIAP Kajang, Jelebu dan Sekolah Henry Gurney, Melaka serta kumpulan Wanita Islam Langat telah mengikuti kursus Pengurusan Jenazah dengan bimbingan dari dua orang ustazah yang didatangkan dari JAWI iaitu Ustazah Ruzeeta serta Ustazah Rabeah.

Lebih kurang jam 9.00 pagi ahli-ahli mendaftarkan diri dan menjamah hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh PERSIAP Kajang. Tepat jam 9.30 pagi kursus dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta, antara isi taklimat ialah adab menziarahi orang sakit, perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian, doa-doa sewaktu menziarahi orang sakit dll. Kursus kemudian memberikan tumpuan kepada sesi praktikal pengurusan jenazah. Kumpulan peserta dibahagikan kepada dua dan setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang ustazah bagi membimbing dari pengenalan peralatan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah seperti kain, kapur barus, cendana dsb.

Seorang peserta menjadi model bagi setiap kumpulan untuk sesi praktikal memandikan jenazah sehinggalah cara-cara mengkafankan jenazah.

Bagi pihak AJK PERSIAP Kajang, pengerusi telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua-dua orang tenaga pembimbing kursus. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di dewan makan Masjid.

Sejuta ucapan terima kasih daripada AJK PERSIAP Kajang kepada kedua-dua penceramah jemputan serta peserta-peserta yang telah meluangkan masa untuk mengikuti kursus walaupun ada beberapa orang ahli PERSIAP dari Sek Henry Gurney dan Jelebu terpaksa bertolak awal pagi dari institusi masing-masing semata-mata untuk mengikuti kursus ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

.

.


Friday, July 10, 2009

Program Luar

..
Seramai 4 orang ahli PERSIAP Kajang telah menghadiri majlis ini di Universiti Putra Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan CaRE ialah bahan pendidikan kanser, bilik sumber maklumat, sokongan rakan sebaya oleh KanWork (Persatuan Kanser), program pendidikan kanser, program kaunseling oleh kaunselor profesional, maklumat kanser secara 'online', direktori sumber kanser serta perkhidmatan KanHelp Line oleh jururawat terlatih.
.
.
Majlis Perasmian
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE)
dan Pelancaran Pendidikan Kanser
8 Julai 2009
3.00 petang hingga 6.00 petang
Dewan Kuliah Utama
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
UPM, Serdang
.
.