AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong

.
31 Januari 2010

Semua AJK PERSIAP Sessi 2010/2011 telah berkumpul di Rumah PERSIAP Kajang pada jam 3.00 petang untuk membuat gotong-royong membersihkan rumah persatuan seperti menyapu/mob, ada yang menukar cadar-cadar disetiap bilik, membersihkan tingkap dan menyusun barang-barang cenderamata di dalam bilik stor.

Dengan kerjasama semua AJK, program gotong-royong ini berjaya disiapkan pada jam 5.00 petang dengan jamuan Mee Hoon Goreng (disediakan oleh Pengerusi PERSIAP Kajang) dan Teh O (disediakan oleh Puan Zaiton).

.

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat AJK 01/2010

.
28 Januari 2010

Mesyuarat pertama bagi AJK PERSIAP Kajang Sessi 2010/2011 telah berjaya diadakan mulai jam 8.00 malam bertempat di Rumah PERSIAP Kajang.

Kesemua ahli hadir menjayakan mesyuarat kecuali Puan Halimah Hassan yang bertugas malam.

Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
  1. Perlantikan biro-biro serta menyediakan takwin aktiviti PERSIAP Kajang sepanjang 2010.
  2. Penyerahan borang ahli/keluarga yang sakit Kronik/OKU (sebanyak 4 nama serta dokumen) telah diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
  3. Penyerahan borang keahlian yang telah ditugaskan kepada biro-biro untuk membuat serahan dari pintu ke pintu. Setakat hari ini, sebanyak 150 borang telahpun berjaya diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
.

Monday, January 11, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

Laporan @ Januari
---------------------------

17 Januari 2010

Seramai 22 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Ummi yang kematian anak (kelahiran tak cukup bulan) di Kg Sawah Senggala, Port Dickson.

Dalam perjalanan pulang dari rumah Puan Ummi, mereka juga sempat membuat lawatan ke Muzium Tentera yang terletak berhampiran dengan kampong Puan Ummi.

13 Januari 2010


Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi ibu mertua Pengerusi PERSIAP Kajang yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 5 Januari 2010 lepas.

Mereka juga sempat meluangkan masa menziarahi Kpl Tarmizi Yaakub yang sedang dirawat di wad Dahlia, Hospital Kuala Lumpur.

11 Januari 2010

Seramai 8 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi anak Koperal Nasir yang dimasukkan (batu karang dalam hempedu) ke wad di Hospital Kajang.

10 Januari 2010

AJK meluangkan masa menziarahi isteri kepada Wdr Yusri yang kematian bayi. Bayi meninggal sewaktu lahir (tidak cukup bulan) pada 5 Januari 2010.

2 Januari 2010

Beberapa orang ajk PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah S.I Kandi yang mendapat rawatan kencing manis di Hospital Kajang pada jam 10.00 pagi.
.
.

Sunday, January 10, 2010

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16

.
9 Januari 2010
2.00 petang - 4.30 petang

Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 berjaya dirasmikan oleh Pengarah Penjara Kajang, Tuan Haji Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan pada tepat jam 2.20 petang di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia. Tuan Pengarah juga sempat mengada dialog bersama ahli-ahli yang hadir bertanyakan isu-isu yang memerlukan perhatian daripada pihak Penjara Kajang, hasil dari dialog ringkas dua hala ini, insyallah tindakan akan segera diambil.

Seramai 55 orang ahli PERSIAP Kajang hadir menjayakan mesyuarat agong ke 16. Sebahagian besar terdiri daripada kaum ibu dari PERSIAP Kajang dan juga anggota wanita Penjara Kajang. Hampir 80 orang tidak dapat hadir kerana bertugas, walau bagaimanapun mesyuarat dapat diteruskan tanpa sebarang sebarang isu yang dibangkit dan diikuti dengan pemilihan AJK bagi sesi 2010/2011. Pemilihan nama untuk dicalonkan sebagai wakil AJK Majlis Tertinggi juga telah dibuat dengan 4 penamaan calon dipersetujui ahli dan nama-nama ini akan diberikan kepada Setiausaha PERSIAP Malaysia bagi tindakan seterusnya.

Mesyuarat selesai tepat jam 4.00 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada PERSIAP Kajang.
.
.

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 @ Gambar





































Ceramah Agama @ 9 Januari 2010

.

10.00 pagi - 12.30 tengahari
Ceramah Agama oleh PROF. MADYA DR SHARIFAH HAYAATI SYED ISMAIL AL-QUDSY
(Kudapan pagi / Makan Tengahari
disediakan oleh PERSIAP Kajang)


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada PERSIAP Kajang untuk menjayakan ceramah agama ini dengan seramai 76 orang ahli PERSIAP Kajang termasuk 10 orang wakil dari PERSIAP IPPM/MPM telah meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan pada pagi ini. Antara ilmu yang dapat dikongsi bersama adalah kelebihan beristigfar, waktu-waktu yang sesuai berzikir.

Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh PERSIAP Kajang kepada semua peserta ceramah.

.

Ceramah Agama @ 9 Januari 2010 @ Gambar