AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Tuesday, May 24, 2011

Majlis Hi-Tea @ PERSIAP Sg Udang Melaka

21 Mei 2011
3.00 petang

Seramai 10 orang wakil dari PERSIAP Kajang dan juga Pengerusi telah bersama-sama menghadiri majlis minum petang yang dianjurkan oleh PERSIAP Sg Udang dengan membeli satu meja @ 10 orang ahli. Mereka yang terlibat terdiri dari ajk dan ahli yang mengambil bahagian dalam pertandingan boling anjuran PERSIAP IPPM/MPM pada 8 Mei 2011 yang lalu.

Selesai majlis hi-tea, singgah sebentar di Pantai Puteri, Melaka untuk bersantai sambil makan2 di tepi Pantai Puteri.


Monday, May 16, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

14 Mei 2011
Kursus Pengurusan Jenazah   @ YBhg. Ustazah Arbakyah
(Bahagian 1 @ Menyediakan Kain Kapan & hal-hal berkaitan)
9.00 pagi - 2.00 petang

Seramai 14 orang ahli-ahli PERSIAP Kajang dan juga Maktab Penjara Malaysia telah meluangkan masa mengikuti kursus yang disampaikan oleh YBhg Ustazah Arbakyah.  Kursus ini adalah merupakan salah satu kursus yang dianjurkan oleh PERSIAP Kajang untuk ahli-ahli mereka.

Bahagian ke 2 kursus ini akan dibuat bagi merangkumi cara-cara memandikan jenazah yang bermasalah seperti pengidap kencing manis kronik ataupun jenazah yang uzur.  Tarikh bagi kursus ini akan dimaklumkan kepada semua peserta sebulan sebelum kursus dijalankan.

Antara ilmu yang dapat dipelajari sepanjang kursus adalah cara-cara memotong kain kapan untuk jenazah wanita dan juga tidak ketinggalan untuk jenazah lelaki.  Semua peserta telah diberi peluang untuk menyediakan kain kapan ini dengan kain / kapas / gauze dll bahan berkaitan.  Sebanyak 3 set kain kapan wanita siap dipotong dan sepasang kain kapan lelaki berjaya disiapkan oleh peserta-peserta kursus.




 Sila klik "READ MORE" untuk melihat gambar-gambar yang lain.


Sunday, May 8, 2011

Boling Berpasukan Zon Tengah

8 Mei 2011
Pertandingan Boling Berpasukan Zon Tengah
dianjurkan oleh PERSIAP IPPM/MPM
Ampang Superbowl Kajang

Seramai 7 orang ahli PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam pertandingan boling yang dianjurkan oleh PERSIAP IPPM/MPM pada hari Ahad, 8 Mei 2011 di Ampang Superbowl Kajang.

Alhamdulillah, pasukan PERSIAP Kajang telah berjaya menjadi JOHAN di dalam pertandingan yang diadakan ini.
  



SILA KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR SELANJUTNYA