AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Sunday, July 2, 2006

Biro Sukan







































































Pertandingan Bola Jaring PERSIAP Malaysia

1 Julai 2006
Stadium Paroi, Negeri Sembilan

PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bola Jaring PERSIAP Malaysia yang dianjurkan oleh PERSIAP Seremban.


Pengerusi telah bersama-sama dengan pemain-pemain bola jaring PERSIAP Kajang pada hari berkenaan sebagai memberi sokongan kepada ahli PERSIAP Kajang.


.

Sunday, May 28, 2006

Lawatan ke Melaka







































































27 Mei 2006


Sempena cuti persekolahan penggal kedua, seramai 70 orang anak-anak ahli PERSIAP dan 8 orang AJK bersama-sama Pengerusi telah membuat program lawatan ke Melaka. Antara tempat menarik yang dilawati adalah Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Buaya serta tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Melaka. PERSIAP Kajang juga telah menyediakan bekalan sarapan kepada semua peserta dan menyediakan makan tengahari di Dataran Pahlawan Melaka dengan konsep 'picnic'.


Monday, April 3, 2006

Biro Pendidikan







































3 April 2006

Lawatan ke Pusat Sains Negara

Seramai 42 orang terdiri dari anak-anak ahli PERSIAP Kajang, Pengerusi dan beberapa orang AJK telah menganjurkan program lawatan ke Pusat Sains Negara.

Anak-anak mengambil peluang meneroka setiap pameran yang telah diadakan pada hari ini.

.