AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Sunday, August 16, 2009

Aktiviti bersama PERSIAP Majlis Tertinggi

.
15 Ogos 2009

Ibu Cemerlang Keluarga Terbilang
anjuran PERSIAP Simpang Renggam
Hotel Aneka Kluang, Johor


PERSIAP Kajang diwakili oleh Puan Zaiton, Puan Rokiah dan Puan Norhashimah telah mengikuti rombongan bas dari Maktab Penjara Malaysia. Kursus sehari ini insyallah akan dapat memberikan manafaat kepada semua peserta yang hadir pada hari tersebut.
.
.

Tuesday, August 11, 2009

Ceramah Agama

.
10 Ogos 2009
Ceramah Israk-Mikraj
Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Seramai lebih kurang 160 orang muslimin muslimat terdiri dari pegawai-pegawai penjara serta isteri, anak-anak dan juga dari masyarakat sekitar telah mengikuti Ceramah Israk-Mikraj dengan penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Haji Ali dari Masjid Sultan Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya.

Hadirin mula berkumpul di masjid untuk solat Maghrib berjemaah dan seterusnya diikuti dengan ceramah yang telah diatur pada malam itu. Ceramah berlangsung sehingga jam 9.00 malam dan kemudian diikuti dengan solat Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak AJK Masjid untuk semua para hadirin.

Semoga majlis seumpama ini dapat menarik lebih ramai lagi muslimin-muslimat di masa-masa akan datang. Insyallah.
.
.

Saturday, August 8, 2009

Merakyatkan Seni Budaya








































































































































































































































































































































.
.
8 Ogos 2009
Program Merakyatkan Seni Budaya
Dataran A / B Kompleks Perumahan Penjara
.
Seawal jam 8.00 pagi, kelihatan ramai anggota penjara serta keluarga mereka telah mendaftarkan diri oleh pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh JKKW (Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Selangor) serta pegawai-pegawai dari Penjara Kajang dan juga Penjara Wanita Kajang.
.
Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Hantaran Pengantin, Pertandingan Galah Panjang, Untai Getah 'skipping', Congkak, Batu Seremban, Poco-poco berkumpulan, Sepak Takraw Berkumpulan dan tidak ketinggalan persembahan nyanyian oleh JKKW dan Penjara Kajang. Aktiviti juga diselang-selikan dengan acara CABUTAN BERTUAH. "Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".
.
Seramai 10 orang ahli dan AJK PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar yang terdiri daripada pasangan suami-isteri, wakil dari RPD dengan kemenangan berpihak kepada Puan Nita & suami beliau dengan hidangan Masak Lemak Tempoyak.
.
Manakala dalam pertandingan Gubahan Hantaran Pegantin pula dimenangi oleh Puan Nazariah (AJK PERSIAP Kajang) yang bergabung tenaga dengan rakan sekerja dari Penjara Wanita Kajang. Gubahan Sireh Junjung berbunga mawar.
.
.

Friday, August 7, 2009

Taska Gemilang

6 Ogos 2009

Bilangan anak-anak bertambah dari 5 orang di hari pertama, menjadi 7 orang pada 6 Ogos 2009 dengan yang paling kecil berusia 60 hari, bayi perempuan bernama Syifa.

3 Ogos 2009
.
Taska Gemilang beroperasi secara rasmi pada hari Isnin, 3 Ogos 2009 dengan menggunakan bangunan lama Masjid Saadah di dataran Wira Jaya.

Hari pertama dengan pengambilan seramai 5 orang anak-anak berusia antara 2 - 4 tahun. TASKA ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai wanita dari Penjara Utama Kajang dan Penjara Wanita Kajang serta dibantu oleh 'OB' dari Penjara Wanita.

Beroperasi dari seawal 6.30 pagi sehingga malam bagi memberi peluang kepada kakitangan wanita yang bertugas mengikut syif.

.

Monday, August 3, 2009

Ceramah Agama ~ 1 Ogos 2009

.
.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WANITA

DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
bersama Y. Bhg. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood

Majlis ilmu ini diadakan khas untuk ahli-ahli PERSIAP Kajang dengan dimeriahkan lagi beberapa orang wakil ahli PERSIAP IPPM/MPM, Jelebu, Seremban, wakil dari Persatuan Wanita Islam Kawasan Langat, wakil dari Pejabat ADUN Semenyih dan beberapa orang ahli PERSIAP seumur hidup yang tinggal berhampiran Kajang. Kehadiran pada pagi ini amatlah menggalakkan dengan hampir 300 orang ahli PERSIAP serta para jemputan telah mengikuti ceramah yang julung kali dianjurkan oleh AJK PERSIAP Kajang.

Selain daripada Pengerusi, Naib Pengerusi serta AJK PERSIAP Kajang, antara tetamu jemputan yang hadir ke majlis ilmu ini adalah Yang diPertua PERSIAP Malaysia, Datin Hjh Noraini bt Hj Man dan Puan Norsiah Ismail, isteri kepada ADUN Semenyih.

Ceramah yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam telah berjaya memberi pelbagai tips dan nasihat untuk wanita dalam membina Keluarga Bahagia.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Mastura selaku Pengacara Majlis diikuti dengan bacaan Doa oleh Puan Azizah bagi memberkati majlis ilmu pada pagi itu.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari PERSIAP Kajang kepada Y. Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood oleh Yg diPertua PERSIAP Malaysia, Datin Hjh Noraini bt Hj Man.

Sebaik ceramah berakhir, Y Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood dikerumi para peserta untuk bergambar serta meminta nasihat, juga tidak ketinggalan mereka yang ingin mengambil tandatangan beliau atas buku-buku Bimbingan Keluarga yang ditulis oleh Y Bhg. Dato' Ustazah.

Buku-buku hasil tulisan Y. Bhg Dato' Ustazah juga dijual di gerai yang disediakan oleh pihak penganjur di perkarangan dewan seminar.

Selain dari jualan buku-buku, pihak penganjur juga telah membuka gerai jualan produk PERSIAP Kajang, makanan sejuk-beku yang disediakan oleh pihak Penjara Wanita Kajang dan keuntungan hasil dari jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung PERSIAP Kajang untuk kegunaan aktiviti-aktiviti akan datang.

Para peserta juga telah dihidangkan dengan kudapan pagi dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh PERSIAP Kajang.

Berikut adalah beberapa gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.
.
.

Saturday, August 1, 2009

Aktiviti PERSIAP Malaysia


Majlis Sekalung Budi ~ Y Bhg Datin Salasiah Hj Sidek
Dewan Utama Hotel Equotorial Bangi
31 Julai 2009

Pengerusi bersama 9 orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa bersama-sama ahli-ahli PERSIAP dari seluruh Semenanjung Malaysia menghadiri Majlis Hi-tea Sekalung Budi pada 31 Julai 2009.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qariah Jabatan Penjara Malaysia, Puan Hajjah Rahmas dari Penjara Johor Bahru. Diikuti pula dengan ceramah Kekeluargaan oleh Dr Robiah bt K Hamzah.