AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Saturday, August 8, 2009

Merakyatkan Seni Budaya








































































































































































































































































































































.
.
8 Ogos 2009
Program Merakyatkan Seni Budaya
Dataran A / B Kompleks Perumahan Penjara
.
Seawal jam 8.00 pagi, kelihatan ramai anggota penjara serta keluarga mereka telah mendaftarkan diri oleh pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh JKKW (Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Selangor) serta pegawai-pegawai dari Penjara Kajang dan juga Penjara Wanita Kajang.
.
Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Hantaran Pengantin, Pertandingan Galah Panjang, Untai Getah 'skipping', Congkak, Batu Seremban, Poco-poco berkumpulan, Sepak Takraw Berkumpulan dan tidak ketinggalan persembahan nyanyian oleh JKKW dan Penjara Kajang. Aktiviti juga diselang-selikan dengan acara CABUTAN BERTUAH. "Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".
.
Seramai 10 orang ahli dan AJK PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar yang terdiri daripada pasangan suami-isteri, wakil dari RPD dengan kemenangan berpihak kepada Puan Nita & suami beliau dengan hidangan Masak Lemak Tempoyak.
.
Manakala dalam pertandingan Gubahan Hantaran Pegantin pula dimenangi oleh Puan Nazariah (AJK PERSIAP Kajang) yang bergabung tenaga dengan rakan sekerja dari Penjara Wanita Kajang. Gubahan Sireh Junjung berbunga mawar.
.
.

1 comment:

  1. Sekalong tahniah untuk Penjara Kajang dan Persiap Kajang yang amat komited dalam menjayakan program 'MERAKYATKAN SENI BUDAYA'...Semuga program seumpama ini dapat mengeratkan ukhwah warga JABATAN PENJARA MALAYSIA..satu harapan ikhlas saya..maklumat dan jemputan hendaknlah jelas agar saya dapat sama-sama dapat menhadirkan diri..memberi sokongan untuk semua aktiviti JABATAN dan PERSIAP..Tahniah sekali lagi..Terima Kasih

    ReplyDelete