.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WANITA
DALAM MEMBINA KELUARGA BAHAGIA
bersama Y. Bhg. Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood
Majlis ilmu ini diadakan khas untuk ahli-ahli PERSIAP Kajang dengan dimeriahkan lagi beberapa orang wakil ahli PERSIAP IPPM/MPM, Jelebu, Seremban, wakil dari Persatuan Wanita Islam Kawasan Langat, wakil dari Pejabat ADUN Semenyih dan beberapa orang ahli PERSIAP seumur hidup yang tinggal berhampiran Kajang. Kehadiran pada pagi ini amatlah menggalakkan dengan hampir 300 orang ahli PERSIAP serta para jemputan telah mengikuti ceramah yang julung kali dianjurkan oleh AJK PERSIAP Kajang.
Selain daripada Pengerusi, Naib Pengerusi serta AJK PERSIAP Kajang, antara tetamu jemputan yang hadir ke majlis ilmu ini adalah Yang diPertua PERSIAP Malaysia, Datin Hjh Noraini bt Hj Man dan Puan Norsiah Ismail, isteri kepada ADUN Semenyih.
Ceramah yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam telah berjaya memberi pelbagai tips dan nasihat untuk wanita dalam membina Keluarga Bahagia.Selain daripada Pengerusi, Naib Pengerusi serta AJK PERSIAP Kajang, antara tetamu jemputan yang hadir ke majlis ilmu ini adalah Yang diPertua PERSIAP Malaysia, Datin Hjh Noraini bt Hj Man dan Puan Norsiah Ismail, isteri kepada ADUN Semenyih.
Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Mastura selaku Pengacara Majlis diikuti dengan bacaan Doa oleh Puan Azizah bagi memberkati majlis ilmu pada pagi itu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata dari PERSIAP Kajang kepada Y. Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood oleh Yg diPertua PERSIAP Malaysia, Datin Hjh Noraini bt Hj Man.
Sebaik ceramah berakhir, Y Bhg Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah binti Mahamood dikerumi para peserta untuk bergambar serta meminta nasihat, juga tidak ketinggalan mereka yang ingin mengambil tandatangan beliau atas buku-buku Bimbingan Keluarga yang ditulis oleh Y Bhg. Dato' Ustazah.
Buku-buku hasil tulisan Y. Bhg Dato' Ustazah juga dijual di gerai yang disediakan oleh pihak penganjur di perkarangan dewan seminar.
Selain dari jualan buku-buku, pihak penganjur juga telah membuka gerai jualan produk PERSIAP Kajang, makanan sejuk-beku yang disediakan oleh pihak Penjara Wanita Kajang dan keuntungan hasil dari jualan ini akan dimasukkan ke dalam tabung PERSIAP Kajang untuk kegunaan aktiviti-aktiviti akan datang.
Para peserta juga telah dihidangkan dengan kudapan pagi dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh PERSIAP Kajang.
Berikut adalah beberapa gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang majlis berlangsung.
.
.
Tahniah...saya berbangga dengan usaha murni ini..satu wardah yang memberi kesan positif untuk warga persiap...semuga Allah sentiasa memberkati usaha murni ini...InsyaAllah saya akan memberi sokongan padu kepada seluruh persiap malaysia..Tahniah dan syabas untuk Pn Hjh Sakimah dan warga ajk persiap kajang..terima kasih
ReplyDelete