



27 Mei 2006
Sempena cuti persekolahan penggal kedua, seramai 70 orang anak-anak ahli PERSIAP dan 8 orang AJK bersama-sama Pengerusi telah membuat program lawatan ke Melaka. Antara tempat menarik yang dilawati adalah Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Taman Buaya serta tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar Melaka. PERSIAP Kajang juga telah menyediakan bekalan sarapan kepada semua peserta dan menyediakan makan tengahari di Dataran Pahlawan Melaka dengan konsep 'picnic'.