17 Oktober 2009
AJK PERSIAP mengambil peluang mengunjungi ahli-ahli yang beragama HINDU yang tidak pulang ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan sambutan Perayaan Deepavali di kediaman mereka.
Antara hidangan yang dihidangkan adalah Tosei, Kari Ayam, Capatti, Wadei, kuih-muih seperti murukku turut dijamu kepada tetamu oleh tuanrumah.
.
.
Laman ini disediakan untuk memuatkan pelbagai aktiviti yang telah / bakal dianjurkan oleh AJK PERSIAP Penjara Kajang. Dan tidak ketinggalan juga penglibatan ahli-ahli PERSIAP Kajang dengan aktiviti anjuran Penjara Kajang serta di peringkat Jabatan Penjara Malaysia.
AKTIVITI AKAN DATANG?
.
Saturday, October 24, 2009
Sambutan Perayaan Hari Raya Kompleks Penjara
6 Oktober 2009
Majlis sambutan Aidil Fitri bagi kompleks penjara telah berjaya dianjurkan pada 6 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang. Dianggarkan seramai 3000 orang kakitangan, keluarga dan jemputan hadir memeriahkan majlis sambutan ini.
Ahli-ahli PERSIAP Kajang juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan pelbagai aktiviti dianjurkan, di antara aktiviti yang dianjurkan adalah Ceramah Agama oleh YB Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan YB Ustaz Wan Akashah, di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia pada sebelah pagi hari yang sama. Cabutan nombor bertuah juga dibuat pada sepanjang hari majlis sambutan perayaan ini.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini berakhir kira-kira pada jam 5.30 petang.
.Majlis sambutan Aidil Fitri bagi kompleks penjara telah berjaya dianjurkan pada 6 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang. Dianggarkan seramai 3000 orang kakitangan, keluarga dan jemputan hadir memeriahkan majlis sambutan ini.
Ahli-ahli PERSIAP Kajang juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan pelbagai aktiviti dianjurkan, di antara aktiviti yang dianjurkan adalah Ceramah Agama oleh YB Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan YB Ustaz Wan Akashah, di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia pada sebelah pagi hari yang sama. Cabutan nombor bertuah juga dibuat pada sepanjang hari majlis sambutan perayaan ini.
Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini berakhir kira-kira pada jam 5.30 petang.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)