23 November 2009
Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang
8.00 malam - 10.00 malam
Rumah PERSIAP Penjara KajangKesemua AJK, kecuali Puan Halimah yang bertugas malam, hadir pada mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah:-- mengemaskini maklumat ahli (semua AJK terlibat akan memastikan maklumat diperolehi bagi setiap zon (Wira Jaya/Desa Mutiara) selesai selewat-lewatnya pada 24 Disember 2009 dan diserahkan kepada Setiausaha PERSIAP Kajang, Sjn Ratna bagi tindakan lanjut.
- mendapatkan informasi ahli-ahli / keluarga yang mengidap SAKIT KRONIK, Ibu Tunggal dan OKU.
- memberi gambaran aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksana pada tahun 2010
- menetapkan mesyuarat agong PERSIAP Kajang pada 9 Januari 2010 dengan merangka beberapa aktiviti untuk diisi pada hari berkenaan, melantik Pengerusi Sementara bagi mengendalikan mesyuarat agong serta pemilihan AJK baru bagi sesi 2010/2011.
..
17 November 2009
-----------------------
Lama tak menjengok anak-anak di TASKA Gemilang, Kajang, hampir dua bulan rasanya tak ke sana.
Hari ini luangkan sedikit masa membuat Cupcakes untuk anak-anak di TASKA Gemilang ..... hope you kids like the cakes !
Bermula dengan hanya 6 orang anak-anak di hantar ke TASKA sejak dibuka tiga bulan yang lepas, alhamdulillah hari ini seramai 33 orang anak-anak dijaga di TASKA Gemilang dengan kira-kira 70% terdiri dari anak-anak berusia 12 bulan ke bawah, manakala selebihnya terdiri dari anak-anak berusia 13bulan - 4 tahun.
Mengunakan resepi Vanilla cupcake + simple deco using buttercream. Kek disimpan di dalam Cupcake Caddy yang boleh memuatkan 24 biji cupcakes, tambahan 6 biji lagi terpaksa dimasukkan ke dalam bekas kek yang berasingan.
7 November 2009Lebih kurang 25 orang ahli PERRSIAP Kajang telah menziarahi ahli keluarga/rakan-rakan yang sakit di Hospital Kajang, antaranya:-Puan Wan (isteri Kpl Shaari) - sakit barahPuan Ain (isteri WP Zahari) - sakit jantungPuan Rohani (isteri WP Iskandar @ IPPM) - sakit ketumbuhan di dalam perut
.
.
31 Oktober 2009Seramai lebih kurang 20 orang dari ahli PERSIAP Kajang telah menziarahi anak perempuan Sarjan Zaleha di HUKM yang mengidapi sakit paru-paru berkuman. Semoga anak beliau akan cepat semboh dan kembali menyambung pelajaran di Arab Saudi tak lama lagi...