Lokasi: Rumah PERSIAP Kajang
Waktu: 8.00 malam - 9.30 malam
Semua AJK hadir kecuali Puan Salmah dan Puan Zanita yang tidak dapat hadir pada malam ini.
Mesyuarat membincangkan beberapa perkara berikut:-
- Aktiviti PERSIAP Kajang untuk bulan Oktober - Disember 2010
- kelas memasak diteruskan dua kali sebulan bermula Oktober
- satu pertandingan Boling PERSIAP Kajang dengan penglibatan TIGA PENJURU iaitu Persatuan Wanita Daerah Semenyih serta Artis-Artis yang akan dibawa oleh RTM, perbincangan lanjut akan diadakan bagi menetapkan tarikh / tempat aktiviti ini diadakan kelak dengan cadangan tarikh yang dipersetujui iaitu awal Disember 2010
- Membincangkan tugasan AJK terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PERSIAP Malaysia yang akan diadakan pada 25 September 2010 ini
- Mesyuarat diakhiri dengan jamuan kuih-muih Hari Raya yang dibawa oleh AJK / Pengerusi.