AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Tuesday, March 30, 2010

Menziarahi ahli / keluarga PERSIAP Kajang

30 Mac 2010
10.30 pagi - 1.00 petang
--------------------------

Pengerusi, Setiausaha dan beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi ahli dan keluarga ahli yang mengidap penyakit kronik / OKU dan sekaligus menyampaikan sumbangan dari tabung Pesakit Kronik/OKU @ PERSIAP Malaysia.

Adik Nabihah binti Mohd Fadzin
anak kepada Puan Rodiyah binti Din

Adik Nabihah dilahirkan cacat, antara ketidak-sempurnaan adik Nabihah adalah tidak mempunyai saluran kencing / membuang air besar, adik Nabihah yang berusia 14 tahun ketika ini sedang mendapat rawatan di rumah kerana baru tiga minggu menjalani pembedahan membuat saluran kencing / membuang air besar yang baru iaitu sesuai dengan usianya. Ini merupakan pembedahan ke tujuh bagi adik Nabihah sejak dilahirkan Sehingga sekarang, adik Nabihah perlu mengambil ubat-ubatan khas dari Hospital Kuala Lumpur.

Adik Nabihah dapat berjalan seperti normal namun perlu memakai lampin pakai-buang setiap masa disebabkan kecacatannya ini. Walau bagaimanapun, adik Nabihah boleh bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

Adik Nabihah dijangka masuk wad pada 7 April 2010 untuk rawatan lanjut.

Adik Muhamad Hyirul Hamizan b Arbane
anak sulong kepada Puan Sarah

Adik Hyirul (panggilan beliau) kini berusia 14 tahun, pengidap AUSTISME tahap tegar , tidak boleh bercakap dan yang memerlukan kawalan ibubapa selama 24 jam. Adik Hyirul ditempatkan di sebuah bilik khas di kediaman keluarganya di Kuarters Penjara, Taman Wira Jaya. Bilik yang dipasang geriji besi ini jugalah merupakan tempat tidur adik Hyirul kerana beliau tidak boleh dibiarkan berkeliaran di dalam rumah seorang diri kerana beliau akan memecahkan peralatan / perabut / pinggan-mangkuk di dalam rumah. Di dalam bilik ini juga ditempatkan dua tilam untuk dijadikan tempat tidur beliau.

Beliau akan dibiarkan berada di ruang rumah sekiranya ibu atau bapanya berada di rumah. Melalui perbualan dengan ibu adik Hyirul, Puan Sarah, adik Hyirul jarang sekali tidur dan ada ketikanya tiga - empat hari beliau tidak tidur. Dalam keadaan ini, penjagaan rapi oleh ibu-bapa amat penting kerana adik Hyirul akan membuat bising, mengetuk-getuk gerigi besi dan menjerit-jerit. Adik Hyirul memerlukan sekurang-kurangnya 12 helai lampin pakai-buang dewasa dalam masa sehari. Beliau perlu memakai pakaian khas bagi menggelakkannya mencederakan diri sendiri.

Adik Muhammad Hakimi Ashraf bin Mohd Hasmizan
anak sulong kepada Puan Su

Adik Hakimi (panggilan beliau) kini berusia 9 tahun dan dilahirkan cacat Spastic Cerebral Palsy. Adik Hakimi kini mendapat rawatan fisio-terapi di Sekolah Anak Istimewa, Kajang dan juga rawatan di Hospital Kajang. Beliau tidak dapat berjalan maupun bercakap seperti kanak-kanak normal dan memerlukan bantuan dari ibubapa sepanjang waktu seperti mandi, makan, menukar pakaian dll.

Bagi memudahkan pergerakan, adik Hakimi terpaksa menggunakan kerusi roda khas agar ibubapa beliau dapat membawa beliau keluar. Adik Hakimi juga perlu memakai lampin pakai buang setiap waktu.

Puan Nor Aishafah bt Ahamad
isteri kepada Zahari b Zakaria

Puan Ain (panggilan beliau) merupakan pengidap sakit jantung kronik @ Pulmonary Atresia with VSA sejak dilahirkan. Beliau yang berusia 34 tahun ini memerlukan rawatan terapi oksigen setiap waktu. Puan Ain tidak boleh melakukan tugasan berat disebabkan penyakit ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ahli/keluarga PERSIAP Kajang bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini dan tabah menghadapi dugaan hidup.
.
.
  1. Adik Zariff Qayyum bin Azhar,anak kepada Puan Zarodah
  2. Puan Hajjah Mariam Abdul Rahman
Kedua-dua keluarga ini kebetulan tidak berada di rumah, aktiviti ditangguh ke tarikh yang lain.
.
.

No comments:

Post a Comment