AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Saturday, January 29, 2011

Aktiviti Biro Amal dan Kebajikan

6 Januari 2011
Seramai 5 orang wakil PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah Wdrs Dayang (Penjara Wanita) di Hospital Kajang @ kemalangan jalanraya.

8 Januari 2011

Beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah menziarah Kpl Rahmah (450) di Bandar Tasek Kesuma, Fasa 4 pada jam 12.00 tengahari di kediaman beliau. Kematian anak sulong @ sakit buah pinggang.  AL FATIHAH.

9 Januari 2011

Seramai 12 orang AJK / ahli PERSIAP Kajang telah membuat menziarah ahli / keluarga ahli yang sedang sakit di hospital:-

  • Anak kepada Puan Rohana / SM Abd Razak (Penjara Kajang) di KPJ Kajang @ masalah gastrik
  • Isteri Wdr Nizam Afenzi b Mat Rejab (20030) di Hospital Kajang @ bersalin bayi perempuan
29 Januari 2011

Seramai 11 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa membuat lawatan ke Hospital Serdang dan Hospital Kajang untuk menziarah ahli/keluarga ahli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan:-

  1. Puan Ain (Nor Aishafah bt Ahamad @ penerima sumbangan pesakit kronik), isteri kepada Wdr Zahari mendapat rawatan jantung / semput sejak 27 Januari 2011 yang lepas.


Saturday, January 15, 2011

Ceramah Agama "Hijrah ke Arah Kebahagiaan"

15 Januari 2011
10.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, Kajang

Seawal jam 8.45 pagi, peserta-peserta ceramah telah mula mendaftarkan diri di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia.  Semua peserta dihidangkan sarapan pagi di dewan makan Masjid Jabatan Penjara sebelum majlis bermula.

Syukur alhamdulillah majlis yang diatur oleh AJK PERSIAP Kajang berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 250 orang  ahli-ahli serta juga suami masing-masing terdiri dari PERSIAP Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, dari jauh wakil-wakil PERSIAP Seremban dan juga Melaka.

Pasangan penceramah yang tidak asing lagi, YBhg Dato' Siti Norbahyah binti Mahamood dan YBhg. Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Halim memulakan ceramah tepat jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.  

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama penceramah jemputan serta semua peserta yang terlibat.


KLIK "READ MORE" UNTUK INFO LANJUT SERTA GAMBAR SEPANJANG MAJLIS