AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Saturday, January 15, 2011

Ceramah Agama "Hijrah ke Arah Kebahagiaan"

15 Januari 2011
10.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, Kajang

Seawal jam 8.45 pagi, peserta-peserta ceramah telah mula mendaftarkan diri di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia.  Semua peserta dihidangkan sarapan pagi di dewan makan Masjid Jabatan Penjara sebelum majlis bermula.

Syukur alhamdulillah majlis yang diatur oleh AJK PERSIAP Kajang berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 250 orang  ahli-ahli serta juga suami masing-masing terdiri dari PERSIAP Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, dari jauh wakil-wakil PERSIAP Seremban dan juga Melaka.

Pasangan penceramah yang tidak asing lagi, YBhg Dato' Siti Norbahyah binti Mahamood dan YBhg. Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Halim memulakan ceramah tepat jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.  

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama penceramah jemputan serta semua peserta yang terlibat.


KLIK "READ MORE" UNTUK INFO LANJUT SERTA GAMBAR SEPANJANG MAJLIS



AJK PERSIAP Kajang mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Penjara Kajang atas sokongan padu dalam merealisasikan program ini.  Terima kasih tak terhingga juga kepada semua Pengerusi Cawangan yang hadir serta menghantar wakil-wakil dari cawangan masing-masing untuk bersama-sama PERSIAP Kajang menjayakan majlis ilmu ini.

Semoga kita dapat sekali lagi merancangkan majlis seumpama ini di masa akan datang.  Insyallah.


 
















































No comments:

Post a Comment