AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Monday, May 16, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

14 Mei 2011
Kursus Pengurusan Jenazah   @ YBhg. Ustazah Arbakyah
(Bahagian 1 @ Menyediakan Kain Kapan & hal-hal berkaitan)
9.00 pagi - 2.00 petang

Seramai 14 orang ahli-ahli PERSIAP Kajang dan juga Maktab Penjara Malaysia telah meluangkan masa mengikuti kursus yang disampaikan oleh YBhg Ustazah Arbakyah.  Kursus ini adalah merupakan salah satu kursus yang dianjurkan oleh PERSIAP Kajang untuk ahli-ahli mereka.

Bahagian ke 2 kursus ini akan dibuat bagi merangkumi cara-cara memandikan jenazah yang bermasalah seperti pengidap kencing manis kronik ataupun jenazah yang uzur.  Tarikh bagi kursus ini akan dimaklumkan kepada semua peserta sebulan sebelum kursus dijalankan.

Antara ilmu yang dapat dipelajari sepanjang kursus adalah cara-cara memotong kain kapan untuk jenazah wanita dan juga tidak ketinggalan untuk jenazah lelaki.  Semua peserta telah diberi peluang untuk menyediakan kain kapan ini dengan kain / kapas / gauze dll bahan berkaitan.  Sebanyak 3 set kain kapan wanita siap dipotong dan sepasang kain kapan lelaki berjaya disiapkan oleh peserta-peserta kursus.




 Sila klik "READ MORE" untuk melihat gambar-gambar yang lain.



















No comments:

Post a Comment