AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Saturday, July 11, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah Siri III































.



























































































































































































































































































































































Kursus Pengurusan Jenazah - Siri III
anjuran PERSIAP Kajang dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
11 Julai 2009 @ 8.30 pagi
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Sg Jelok, 43000 Kajang

Seramai 50 ahli-ahli dari PERSIAP Kajang, Jelebu dan Sekolah Henry Gurney, Melaka serta kumpulan Wanita Islam Langat telah mengikuti kursus Pengurusan Jenazah dengan bimbingan dari dua orang ustazah yang didatangkan dari JAWI iaitu Ustazah Ruzeeta serta Ustazah Rabeah.

Lebih kurang jam 9.00 pagi ahli-ahli mendaftarkan diri dan menjamah hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh PERSIAP Kajang. Tepat jam 9.30 pagi kursus dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta, antara isi taklimat ialah adab menziarahi orang sakit, perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian, doa-doa sewaktu menziarahi orang sakit dll. Kursus kemudian memberikan tumpuan kepada sesi praktikal pengurusan jenazah. Kumpulan peserta dibahagikan kepada dua dan setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang ustazah bagi membimbing dari pengenalan peralatan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah seperti kain, kapur barus, cendana dsb.

Seorang peserta menjadi model bagi setiap kumpulan untuk sesi praktikal memandikan jenazah sehinggalah cara-cara mengkafankan jenazah.

Bagi pihak AJK PERSIAP Kajang, pengerusi telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua-dua orang tenaga pembimbing kursus. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di dewan makan Masjid.

Sejuta ucapan terima kasih daripada AJK PERSIAP Kajang kepada kedua-dua penceramah jemputan serta peserta-peserta yang telah meluangkan masa untuk mengikuti kursus walaupun ada beberapa orang ahli PERSIAP dari Sek Henry Gurney dan Jelebu terpaksa bertolak awal pagi dari institusi masing-masing semata-mata untuk mengikuti kursus ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

.

.


Friday, July 10, 2009

Program Luar

..
Seramai 4 orang ahli PERSIAP Kajang telah menghadiri majlis ini di Universiti Putra Malaysia. Antara perkhidmatan yang disediakan CaRE ialah bahan pendidikan kanser, bilik sumber maklumat, sokongan rakan sebaya oleh KanWork (Persatuan Kanser), program pendidikan kanser, program kaunseling oleh kaunselor profesional, maklumat kanser secara 'online', direktori sumber kanser serta perkhidmatan KanHelp Line oleh jururawat terlatih.
.
.
Majlis Perasmian
Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE)
dan Pelancaran Pendidikan Kanser
8 Julai 2009
3.00 petang hingga 6.00 petang
Dewan Kuliah Utama
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
UPM, Serdang
.
.

Tuesday, June 30, 2009

Biro Pendidikan

.
.

Seramai 10 orang anak-anak ahli PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian di dalam aktiviti anjuran PUSPANITA, Kementerian Dalam Negeri yang telah diadakan pada 27 Jun 2009 di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara.

PROGRAM MOTIVASI MUZIKAL
Membentuk Jati Diri Pelajar
27 Jun 2009
8.00 pagi - 5.30 petang
.
.

Friday, May 15, 2009

Biro Masakan

..


Aktiviti: Teknik Membuat Buttercream & Deko Cupcakes
Tempat: Rumah PERSIAP Kajang
Waktu: 3.30 petang
Tarikh: 9 Mei 2009
Tenaga Pengajar: Pengerusi PERSIAP Kajang















Sunday, May 10, 2009

Biro Pendidikan

..


Aktiviti: Menjahit Tudung EKIN
Tarikh: 22 Februari 2009

Waktu: 10.00 pagi - 2.00 petang
Yuran: RM20.00 setiap peserta
(bahan jahitan/makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur)
Tempat: Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang
Tenaga Pengajar: Puan Rosilawati @ Sheila75










Thursday, July 31, 2008

Biro Sukan

26 Julai 2008

Seramai 4 orang ahli PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bowling PERSIAP Malaysia anjuran PERSIAP Pulapen di Ampang Bowl, Ipoh Parade, Perak.
.
.

Thursday, May 1, 2008

Thursday, April 10, 2008

Biro Sosial

6 April 2008

Pengerusi bersama-sama lebih kurang 25 orang ahli telah mengikuti program lawatan berpandu Bulan Kraf Kebangsaan 2008 yang dianjurkan oleh Pusat Kraftangan Malaysia di Jalan Conlay, Kuala Lumpur
.
.

Thursday, March 27, 2008

Biro Sukan

23 Mac 2008

PERSIAP Kajang telah menganjurkan pertandingan bowling untuk ahli-ahli di Metro Point Kajang dengan seramai 30 orang telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
.
.

Friday, March 21, 2008

Biro Agama

17 Mac 2008

Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang telah mengikuti Ceramah Maulidur Rasul anjuran BAKAT ATM di Kementah.
.
.

Wednesday, May 30, 2007

Muzakarah Pengamatan Islam








































































































26 - 28 Mei 2007
PCB Resort, Kota Bharu
anjuran bersama YADIM dan PERSIAP Kajang

Kursus tiga hari dua malam telah berlangsung di PCB Resort, Kota Bharu di bawah anjuran bersama YADIM dan PERSIAP Kajang.


Seramai 86 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program selama dua hari ini dengan pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak YADIEM. Selain daripada ahli-ahli PERSIAP Kajang, ahli-ahli PERSIAP dari zon Pantai Timur juga dijemput untuk sama-sama menimba pengetahuan dari para penceramah yang dibawa khas oleh YADIM.


Pengerusi telah mengambil bahagian sebagai 'Facilitator' dalam aktiviti pecahan minda yang diadakan sepanjang kursus diadakan.


Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Kajang pada 26 Mei 2007.

Friday, May 25, 2007

Kwek Mambo Anita




.
.
25 Mei 2007



Seramai 29 orang ahli PERSIAP dari Kompleks Penjara telah menerima undangan dari pihak ASTRO untuk menjadi sebahagian dari penonton dalam rancangan Kwek Mambo Anita.

Sunday, July 2, 2006

Biro Sukan







































































Pertandingan Bola Jaring PERSIAP Malaysia

1 Julai 2006
Stadium Paroi, Negeri Sembilan

PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bola Jaring PERSIAP Malaysia yang dianjurkan oleh PERSIAP Seremban.


Pengerusi telah bersama-sama dengan pemain-pemain bola jaring PERSIAP Kajang pada hari berkenaan sebagai memberi sokongan kepada ahli PERSIAP Kajang.


.