AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Saturday, July 11, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah Siri III































.



























































































































































































































































































































































Kursus Pengurusan Jenazah - Siri III
anjuran PERSIAP Kajang dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
11 Julai 2009 @ 8.30 pagi
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Sg Jelok, 43000 Kajang

Seramai 50 ahli-ahli dari PERSIAP Kajang, Jelebu dan Sekolah Henry Gurney, Melaka serta kumpulan Wanita Islam Langat telah mengikuti kursus Pengurusan Jenazah dengan bimbingan dari dua orang ustazah yang didatangkan dari JAWI iaitu Ustazah Ruzeeta serta Ustazah Rabeah.

Lebih kurang jam 9.00 pagi ahli-ahli mendaftarkan diri dan menjamah hidangan sarapan pagi yang disediakan oleh PERSIAP Kajang. Tepat jam 9.30 pagi kursus dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Ustazah Ruzeeta, antara isi taklimat ialah adab menziarahi orang sakit, perkara-perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kematian, doa-doa sewaktu menziarahi orang sakit dll. Kursus kemudian memberikan tumpuan kepada sesi praktikal pengurusan jenazah. Kumpulan peserta dibahagikan kepada dua dan setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang ustazah bagi membimbing dari pengenalan peralatan yang diperlukan untuk menguruskan jenazah seperti kain, kapur barus, cendana dsb.

Seorang peserta menjadi model bagi setiap kumpulan untuk sesi praktikal memandikan jenazah sehinggalah cara-cara mengkafankan jenazah.

Bagi pihak AJK PERSIAP Kajang, pengerusi telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua-dua orang tenaga pembimbing kursus. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di dewan makan Masjid.

Sejuta ucapan terima kasih daripada AJK PERSIAP Kajang kepada kedua-dua penceramah jemputan serta peserta-peserta yang telah meluangkan masa untuk mengikuti kursus walaupun ada beberapa orang ahli PERSIAP dari Sek Henry Gurney dan Jelebu terpaksa bertolak awal pagi dari institusi masing-masing semata-mata untuk mengikuti kursus ini.

Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

.

.


No comments:

Post a Comment