.
.
8 Ogos 2009
Program Merakyatkan Seni Budaya
Dataran A / B Kompleks Perumahan Penjara
.
Seawal jam 8.00 pagi, kelihatan ramai anggota penjara serta keluarga mereka telah mendaftarkan diri oleh pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh JKKW (Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Selangor) serta pegawai-pegawai dari Penjara Kajang dan juga Penjara Wanita Kajang.
.
Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Hantaran Pengantin, Pertandingan Galah Panjang, Untai Getah 'skipping', Congkak, Batu Seremban, Poco-poco berkumpulan, Sepak Takraw Berkumpulan dan tidak ketinggalan persembahan nyanyian oleh JKKW dan Penjara Kajang. Aktiviti juga diselang-selikan dengan acara CABUTAN BERTUAH. "Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".
.
Seramai 10 orang ahli dan AJK PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar yang terdiri daripada pasangan suami-isteri, wakil dari RPD dengan kemenangan berpihak kepada Puan Nita & suami beliau dengan hidangan Masak Lemak Tempoyak.
.
Manakala dalam pertandingan Gubahan Hantaran Pegantin pula dimenangi oleh Puan Nazariah (AJK PERSIAP Kajang) yang bergabung tenaga dengan rakan sekerja dari Penjara Wanita Kajang. Gubahan Sireh Junjung berbunga mawar.
.
.