AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Monday, January 11, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

Laporan @ Januari
---------------------------

17 Januari 2010

Seramai 22 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Ummi yang kematian anak (kelahiran tak cukup bulan) di Kg Sawah Senggala, Port Dickson.

Dalam perjalanan pulang dari rumah Puan Ummi, mereka juga sempat membuat lawatan ke Muzium Tentera yang terletak berhampiran dengan kampong Puan Ummi.

13 Januari 2010


Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi ibu mertua Pengerusi PERSIAP Kajang yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 5 Januari 2010 lepas.

Mereka juga sempat meluangkan masa menziarahi Kpl Tarmizi Yaakub yang sedang dirawat di wad Dahlia, Hospital Kuala Lumpur.

11 Januari 2010

Seramai 8 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi anak Koperal Nasir yang dimasukkan (batu karang dalam hempedu) ke wad di Hospital Kajang.

10 Januari 2010

AJK meluangkan masa menziarahi isteri kepada Wdr Yusri yang kematian bayi. Bayi meninggal sewaktu lahir (tidak cukup bulan) pada 5 Januari 2010.

2 Januari 2010

Beberapa orang ajk PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah S.I Kandi yang mendapat rawatan kencing manis di Hospital Kajang pada jam 10.00 pagi.
.
.

1 comment:

  1. Salam maal hijrah 1431..tahniah blog semakin berseri semakin banyak info...teruskan usaha murni ini...disini saya ingin menzahirkan pandangan ikhlas untuk pengerusi/setiausaha cawangan agar sudi memaklumkan kepada saya..email/sms..ahli/anak yang sakit/masuk hospital supaya saya sama2 dapat ziarah/mendoakan...memandangkan saya menetap di zon tengah sudi apalah kiranya saya diberi peluang ini untuk bersama-sama ahli di zon tengah ini...terima kasih.

    ReplyDelete