AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Sunday, March 6, 2011

Lawatan Kebajikan

Menziarahi ahli / keluarga PERSIAP Kajang

5 Mac 2011
5.00 ptg hingga 7.00 malam

Pengerusi serta 6 orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi ahli dan keluarga ahli yang mengidap penyakit kronik / OKU serta menyampaikan sedikit sumbangan untuk mereka.
  • Hajah Shakimah Abdullah
  • Puan Rodiyah Din
  • Puan Rosnah
  • Puan Zakiah
  • Puan Zanita
  • Puan Mazlina
  • Puan Salmah

Adik Nabihah binti Mohd Fadzin
anak kepada Puan Rodiyah binti Din

Adik Nabihah akan berusia 15 tahun dalam bulan Mei nanti dan beliau sekali lagi akan berjumpa doktor pakar pada 7 Mac 2011 untuk pembedahan susulan bagi membetulkan saluran kencing.  Pihak ibubapa akan berjumpa dengan doktor pakar bagi perbincangan lanjut serta menetapkan tarikh pembedahan yang dijangka akan dikendalikan oleh doktor pakar dari luarnegara dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur.   Pembedahan ke lapan bagi adik Nabihah dijadualkan selewat-lewatnya pada bulan Disember 2011.  
Puan Nor Aishafah bt Ahamad
isteri kepada Zahari b Zakaria

Puan Ain merupakan pengidap sakit jantung kronik @ Pulmonary Atresia with VSA sejak dilahirkan. Beliau kini berusia 35 tahun ini memerlukan rawatan terapi oksigen setiap waktu. Puan Ain tidak boleh melakukan tugasan berat disebabkan penyakit ini.   Puan Ain ketika lawatan dibuat kelihatan sihat dan tidak memerlukan pengambilan oksigen yang kerap.
Daripada perbualan ketika lawatan dibuat, kami dimaklumkan bahawa tiada lagi pertukaran jantung / paru-paru untuk Puan Ain, tidak terdapat pakar yang khusus di dalam Malaysia dan sekiranya pembedahan ingin dilakukan di luarnegara, kos dijangka mencecah RM ratusan ribu.
Rawatan susulan bagi Puan Ain akan dibuat pada bulan Mei 2011 di Hospital Serdang, di bawah Unit Rawatan Jantung.


Adik Muhamad Hyirul Hamizan b Arbane
anak sulong kepada Puan Sarah

Adik Hyirul (panggilan beliau) kini berusia 15 tahun, pengidap AUSTISME tahap tegar , tidak boleh bercakap dan yang memerlukan kawalan ibubapa selama 24 jam.  Adik Hyirul baru sahaja mengalami Sawan ketika kami membuat lawatan ke rumah ibubapa beliau. 
Adik Khirul juga perlu mengambil ubat khas yang menelan belanja RM150.00 sebulan serta penggunaan lampin pakai buang yang menelan belanja lebih kurang RM200.00 sebulan.
Adik Muhammad Hakimi Ashraf bin Mohd Hasmizan
anak sulong kepada Puan Su

Adik Hakimi  kini berusia 10 tahun dan dilahirkan cacat Spastic Cerebral Palsy. Adik Hakimi kini mendapat rawatan fisio-terapi di Sekolah Anak Istimewa, Taman Sri Jelok, Kajang dan juga rawatan di Hospital Kajang. Beliau tidak dapat berjalan maupun bercakap seperti kanak-kanak normal dan memerlukan bantuan dari ibubapa sepanjang waktu seperti mandi, makan, menukar pakaian dll.

Bagi memudahkan pergerakan, adik Hakimi terpaksa menggunakan kerusi roda khas agar ibubapa beliau dapat membawa beliau keluar. Adik Hakimi juga perlu memakai lampin pakai buang setiap waktu.


Adik Zarif Qayyum
anak bongsu kepada Puan Zarodah Ismail


Adik Zarif dilahirkan dengan dignosa Spastic Diplegic CPC, hyper-active.  Adik Zarif kini berusia 6 tahun, tidak dapat bercakap namum faham pertuturan orang lain.  Kini mengikuti Pra-Sekolah untuk Anak-anak Kurang Upaya di Kajang.  Tumbesaran adik Zarif agak cepat berbanding usia beliau.


Adik Zarif juga perlu memakai lampin pakai buang setiap masa.
-------------------------------

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ahli/keluarga PERSIAP Kajang bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini dan tabah menghadapi dugaan hidup.

.

No comments:

Post a Comment