




























Laman ini disediakan untuk memuatkan pelbagai aktiviti yang telah / bakal dianjurkan oleh AJK PERSIAP Penjara Kajang. Dan tidak ketinggalan juga penglibatan ahli-ahli PERSIAP Kajang dengan aktiviti anjuran Penjara Kajang serta di peringkat Jabatan Penjara Malaysia.





















Seorang peserta menjadi model bagi setiap kumpulan untuk sesi praktikal memandikan jenazah sehinggalah cara-cara mengkafankan jenazah.
Bagi pihak AJK PERSIAP Kajang, pengerusi telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada kedua-dua orang tenaga pembimbing kursus. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari di dewan makan Masjid.
Sejuta ucapan terima kasih daripada AJK PERSIAP Kajang kepada kedua-dua penceramah jemputan serta peserta-peserta yang telah meluangkan masa untuk mengikuti kursus walaupun ada beberapa orang ahli PERSIAP dari Sek Henry Gurney dan Jelebu terpaksa bertolak awal pagi dari institusi masing-masing semata-mata untuk mengikuti kursus ini.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.
.
.