AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Monday, July 11, 2011

Malam Gala PERSIAP 2011

Beberapa gambar sempat diambil semasa AJK PERSIAP Kajang membuat persiapan awal pada sebelah pagi / petang sebelum majlis bermula.




Gambar sumbangan: 
Shakimah Abdullah (AJK Induk Pendaftaran/Hiasan Dewan @ Malam Gala PERSIAP)

Tuesday, May 24, 2011

Majlis Hi-Tea @ PERSIAP Sg Udang Melaka

21 Mei 2011
3.00 petang

Seramai 10 orang wakil dari PERSIAP Kajang dan juga Pengerusi telah bersama-sama menghadiri majlis minum petang yang dianjurkan oleh PERSIAP Sg Udang dengan membeli satu meja @ 10 orang ahli. Mereka yang terlibat terdiri dari ajk dan ahli yang mengambil bahagian dalam pertandingan boling anjuran PERSIAP IPPM/MPM pada 8 Mei 2011 yang lalu.

Selesai majlis hi-tea, singgah sebentar di Pantai Puteri, Melaka untuk bersantai sambil makan2 di tepi Pantai Puteri.


Monday, May 16, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah

14 Mei 2011
Kursus Pengurusan Jenazah   @ YBhg. Ustazah Arbakyah
(Bahagian 1 @ Menyediakan Kain Kapan & hal-hal berkaitan)
9.00 pagi - 2.00 petang

Seramai 14 orang ahli-ahli PERSIAP Kajang dan juga Maktab Penjara Malaysia telah meluangkan masa mengikuti kursus yang disampaikan oleh YBhg Ustazah Arbakyah.  Kursus ini adalah merupakan salah satu kursus yang dianjurkan oleh PERSIAP Kajang untuk ahli-ahli mereka.

Bahagian ke 2 kursus ini akan dibuat bagi merangkumi cara-cara memandikan jenazah yang bermasalah seperti pengidap kencing manis kronik ataupun jenazah yang uzur.  Tarikh bagi kursus ini akan dimaklumkan kepada semua peserta sebulan sebelum kursus dijalankan.

Antara ilmu yang dapat dipelajari sepanjang kursus adalah cara-cara memotong kain kapan untuk jenazah wanita dan juga tidak ketinggalan untuk jenazah lelaki.  Semua peserta telah diberi peluang untuk menyediakan kain kapan ini dengan kain / kapas / gauze dll bahan berkaitan.  Sebanyak 3 set kain kapan wanita siap dipotong dan sepasang kain kapan lelaki berjaya disiapkan oleh peserta-peserta kursus.




 Sila klik "READ MORE" untuk melihat gambar-gambar yang lain.


Sunday, May 8, 2011

Boling Berpasukan Zon Tengah

8 Mei 2011
Pertandingan Boling Berpasukan Zon Tengah
dianjurkan oleh PERSIAP IPPM/MPM
Ampang Superbowl Kajang

Seramai 7 orang ahli PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam pertandingan boling yang dianjurkan oleh PERSIAP IPPM/MPM pada hari Ahad, 8 Mei 2011 di Ampang Superbowl Kajang.

Alhamdulillah, pasukan PERSIAP Kajang telah berjaya menjadi JOHAN di dalam pertandingan yang diadakan ini.
  



SILA KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR SELANJUTNYA

Tuesday, April 19, 2011

Mesyuarat AJK

18 April 2011
8.15 malam - 9.45 malam
Rumah PERSIAP Kajang

Semua AJK hadir kecuali Puan Hafizah yang bertugas. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
  1. Penyertaan Boling yang dianjurkan oleh PERSIAP IPPM/MPM @ 8 Mei 2011 @ tindakan Setiausaha
  2. Kursus Intensif Pengurusan Jenazah @ tindakan Setiausaha
  3. Lawatan sambil belajar @ Jun 2011 @ tindakan Pn Mazlina, tarikh tutup 25 April 2011
  4. Penyertaan pertandingan nasyid (nama-nama peserta dan hal2 berkaitan) @ Julai 2011 - tindakan Pn Mazlina

Lawatan / Ziarah

2 April 2011

Seramai 10 orang ahli PERSIAP Kajang menghadiri Majlis Minum Petang anjuran WI Semenyih di Hotel Orienal Crystal Kajang.

7 April 2011

Seramai 6 orang ahli PERSIAP Kajang, termasuk AJK, Pn Noor Hashimah telah berpeluang menziarah Puan Yusni (Wdrs 16690) serta keluarga, di Kampong Birah, Bidor, Perak kerana kematian bapa beliau.

8, 9 & 10 April 2011

Seramai 6 orang anak-anak ahli PERSIAP Kajang telah mengikuti Kem Jati Diri Remaja di Maktab Penjara Malaysia.

 
16 April 2011


  1. Pengerusi serta Kpl Noor Hashimah dan juga Sarjan Rosnani Awang Ngah (318) telah bersama-sama YBhg Ustazah Arbakyah Asmani menguruskan jenazah nenek kepada Tuan Mohd Sakeri Dollah (IPPM) yang meninggal dunia (sakit tua) di Masjid Jabatan Penjara Malaysia.  
  2. Seramai 3 orang ahli PERSIAP Kajang i.e Pn Rosnah, Pn Rodiyah dan juga Pn Zakiah telah mengikuti program anjuran PUSPANITA KDN melawat ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tuan Al Ikhlas, Puchong

Friday, April 15, 2011

Kem Jati Diri Anak Remaja 2011

8 - 10 April 2011
Maktab Penjara Malaysia, Kajang, Selangor
dianjurkan oleh PERSIAP Malaysia


Sila klik "READ MORE" untuk gambar selanjutnya.

Tuesday, March 22, 2011

Sepintas Lalu @ Mesyuarat Agong PERSIAP Malaysia 2011

12 Mac 2011 @ 'Ladies Night' di Penjara Sg Udang, Melaka







 






13 Mac 2011 @ Mesyuarat Agong Perwakilan PERSIAP Malaysia ke 22
di Everly Hotel & Resorts, Tg Kling, Melaka










13 Mac 2011 @ Majlis Makan Malam Jalinan Mesra bersama YB Datuk Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri.

 
14 Mac 2011 @ Kursus Protokol dan Etiket di Institut Koreksional Malaysia (IKOM), Tg Kling, Melaka.







15 Mac 2011 @ Jamuan Makan Malam Mesra bersama Yg di Petua PERSIAP Malaysia dan PERSIAP Cawangan IKOM.

16 Mac 2011 @ menziarah suami kepada Puan Ramlah Leman (Tuan Samihan) di kediamana mereka di AyerKeroh. Tuan Samihan sedang menjalani rawatan sakit kencing manis dan ketika kami menziarahi beliau, sebelah kaki beliau masih lagi bersimen akibat kebengkakan sakit yang dihidapi.

16 Mac 2011 @ perlawanan boling persahabatan PERSIAP, di MITC

Monday, March 21, 2011

Lawatan / Ziarah

8 Mac 2011

Seramai 5 orang ahli PERSIAP Kajang telah mengikuti Sambutan Hari Wanita Antarabangsa di Menara Maybank.

16 Mac 2011
Seramai 8 orang AJK PERSIAP Kajang telah menziarah Ustazah Ani (KAFA) serta Puan Norzilah (isteri kepada KIP Syed Anuar) di Hospital Kajang.

Ustazah Ani sedang mengikuti rawatan kemo manakala Puan Norzila pula kecederaan kemalangan motorsikal.

Semoga mereka berdua akan segera sembuh serta tabah menghadapi dugaan ini.

18 Mac 2011
Seberang Prai

Pengerusi PERSIAP Kajang serta suami bersama Pengerusi PERSIAP Seberang Prai serta suami telah meluangkan masa menziarah Sjn Zainal di Sg Ilir, Jawi serta Kpl Maznah di kampong Serdang.

19 Mac 2011
Sg Petani

Pengerusi serta suami sempat juga meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada Tuan Jamaluddin di Cinta Sayang Resort, Sg Petani.

24 Mac 2011

Seramai 5 orang ahli PERSIAP Kajang (Pn Rosnah, Pn Rodiyah, Pn Zai, Pn Teh & Pn Maznah) telah mengikuti Solat Tasbih anjuran PUSPANITA di Putrajaya.

26 Mac 2011

Seramai 10 orang AJK PERSIAP Kajang telah mengikuti program Manja Diri NONA di Dewan Kelab Penjara Kajang.

Sunday, March 6, 2011

Lawatan Kebajikan

Menziarahi ahli / keluarga PERSIAP Kajang

5 Mac 2011
5.00 ptg hingga 7.00 malam

Pengerusi serta 6 orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi ahli dan keluarga ahli yang mengidap penyakit kronik / OKU serta menyampaikan sedikit sumbangan untuk mereka.
  • Hajah Shakimah Abdullah
  • Puan Rodiyah Din
  • Puan Rosnah
  • Puan Zakiah
  • Puan Zanita
  • Puan Mazlina
  • Puan Salmah

Adik Nabihah binti Mohd Fadzin
anak kepada Puan Rodiyah binti Din

Adik Nabihah akan berusia 15 tahun dalam bulan Mei nanti dan beliau sekali lagi akan berjumpa doktor pakar pada 7 Mac 2011 untuk pembedahan susulan bagi membetulkan saluran kencing.  Pihak ibubapa akan berjumpa dengan doktor pakar bagi perbincangan lanjut serta menetapkan tarikh pembedahan yang dijangka akan dikendalikan oleh doktor pakar dari luarnegara dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur.   Pembedahan ke lapan bagi adik Nabihah dijadualkan selewat-lewatnya pada bulan Disember 2011.  
Puan Nor Aishafah bt Ahamad
isteri kepada Zahari b Zakaria

Puan Ain merupakan pengidap sakit jantung kronik @ Pulmonary Atresia with VSA sejak dilahirkan. Beliau kini berusia 35 tahun ini memerlukan rawatan terapi oksigen setiap waktu. Puan Ain tidak boleh melakukan tugasan berat disebabkan penyakit ini.   Puan Ain ketika lawatan dibuat kelihatan sihat dan tidak memerlukan pengambilan oksigen yang kerap.
Daripada perbualan ketika lawatan dibuat, kami dimaklumkan bahawa tiada lagi pertukaran jantung / paru-paru untuk Puan Ain, tidak terdapat pakar yang khusus di dalam Malaysia dan sekiranya pembedahan ingin dilakukan di luarnegara, kos dijangka mencecah RM ratusan ribu.
Rawatan susulan bagi Puan Ain akan dibuat pada bulan Mei 2011 di Hospital Serdang, di bawah Unit Rawatan Jantung.


Adik Muhamad Hyirul Hamizan b Arbane
anak sulong kepada Puan Sarah

Adik Hyirul (panggilan beliau) kini berusia 15 tahun, pengidap AUSTISME tahap tegar , tidak boleh bercakap dan yang memerlukan kawalan ibubapa selama 24 jam.  Adik Hyirul baru sahaja mengalami Sawan ketika kami membuat lawatan ke rumah ibubapa beliau. 
Adik Khirul juga perlu mengambil ubat khas yang menelan belanja RM150.00 sebulan serta penggunaan lampin pakai buang yang menelan belanja lebih kurang RM200.00 sebulan.
Adik Muhammad Hakimi Ashraf bin Mohd Hasmizan
anak sulong kepada Puan Su

Adik Hakimi  kini berusia 10 tahun dan dilahirkan cacat Spastic Cerebral Palsy. Adik Hakimi kini mendapat rawatan fisio-terapi di Sekolah Anak Istimewa, Taman Sri Jelok, Kajang dan juga rawatan di Hospital Kajang. Beliau tidak dapat berjalan maupun bercakap seperti kanak-kanak normal dan memerlukan bantuan dari ibubapa sepanjang waktu seperti mandi, makan, menukar pakaian dll.

Bagi memudahkan pergerakan, adik Hakimi terpaksa menggunakan kerusi roda khas agar ibubapa beliau dapat membawa beliau keluar. Adik Hakimi juga perlu memakai lampin pakai buang setiap waktu.


Adik Zarif Qayyum
anak bongsu kepada Puan Zarodah Ismail


Adik Zarif dilahirkan dengan dignosa Spastic Diplegic CPC, hyper-active.  Adik Zarif kini berusia 6 tahun, tidak dapat bercakap namum faham pertuturan orang lain.  Kini mengikuti Pra-Sekolah untuk Anak-anak Kurang Upaya di Kajang.  Tumbesaran adik Zarif agak cepat berbanding usia beliau.


Adik Zarif juga perlu memakai lampin pakai buang setiap masa.
-------------------------------

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ahli/keluarga PERSIAP Kajang bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini dan tabah menghadapi dugaan hidup.

.

Saturday, February 12, 2011

Aktiviti Biro Amal dan Kebajikan

2 Februari 2011

Beberapa orang AJK dan ahli PERSIAP Kajang telah menziarah isteri kepada Koperal Shafie @ RPD yang dimasukkan wad kerana demam denggi di Hospital Kajang.  Beliau tinggal di Taman Mesra, Sg Sekamat.

11 Februari 2011
Seramai 9 orang ahli PERSIAP Kajang telah menziarah Puan Marzita di Hospital Kajang pada sebelah petang.

12 Februari 2011

Pengerusi serta suami meluangkan masa pada sebelah petang menziarah Puan Marzita, isteri kepada Tuan Sobri RPD yang dimasukkan wad di Hospital Kajang yang mengidap sakit belakang yang serious.  Sehingga ke hari ini, penyakit yang dihidapi masih belum dapat dikenalpasti.  

Aktiviti yang melibatkan Pengerusi PERSIAP Kajang

9 Februari 2011 @ 3.00 petang
Mesyuarat PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Penjara Malaysia di Bilik Mesyuarat Operasi, IPPM

12 Februari 2011 @ 9.30 pagi
Mesyuarat PERSIAP Majlis Tertinggi dan juga Pra-Mesyuarat Agong ke 22 di Mess Pegawai, Bukit Wira

Saturday, January 29, 2011

Aktiviti Biro Amal dan Kebajikan

6 Januari 2011
Seramai 5 orang wakil PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah Wdrs Dayang (Penjara Wanita) di Hospital Kajang @ kemalangan jalanraya.

8 Januari 2011

Beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah menziarah Kpl Rahmah (450) di Bandar Tasek Kesuma, Fasa 4 pada jam 12.00 tengahari di kediaman beliau. Kematian anak sulong @ sakit buah pinggang.  AL FATIHAH.

9 Januari 2011

Seramai 12 orang AJK / ahli PERSIAP Kajang telah membuat menziarah ahli / keluarga ahli yang sedang sakit di hospital:-

  • Anak kepada Puan Rohana / SM Abd Razak (Penjara Kajang) di KPJ Kajang @ masalah gastrik
  • Isteri Wdr Nizam Afenzi b Mat Rejab (20030) di Hospital Kajang @ bersalin bayi perempuan
29 Januari 2011

Seramai 11 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa membuat lawatan ke Hospital Serdang dan Hospital Kajang untuk menziarah ahli/keluarga ahli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan:-

  1. Puan Ain (Nor Aishafah bt Ahamad @ penerima sumbangan pesakit kronik), isteri kepada Wdr Zahari mendapat rawatan jantung / semput sejak 27 Januari 2011 yang lepas.


Saturday, January 15, 2011

Ceramah Agama "Hijrah ke Arah Kebahagiaan"

15 Januari 2011
10.00 pagi - 1.00 petang
Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, Kajang

Seawal jam 8.45 pagi, peserta-peserta ceramah telah mula mendaftarkan diri di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia.  Semua peserta dihidangkan sarapan pagi di dewan makan Masjid Jabatan Penjara sebelum majlis bermula.

Syukur alhamdulillah majlis yang diatur oleh AJK PERSIAP Kajang berjalan dengan lancar dengan kehadiran hampir 250 orang  ahli-ahli serta juga suami masing-masing terdiri dari PERSIAP Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Maktab Penjara Malaysia, dari jauh wakil-wakil PERSIAP Seremban dan juga Melaka.

Pasangan penceramah yang tidak asing lagi, YBhg Dato' Siti Norbahyah binti Mahamood dan YBhg. Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Halim memulakan ceramah tepat jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.  

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama penceramah jemputan serta semua peserta yang terlibat.


KLIK "READ MORE" UNTUK INFO LANJUT SERTA GAMBAR SEPANJANG MAJLIS


Tuesday, December 14, 2010

Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang 2010

Tarikh:  14 Disember 2010
Waktu:  8.15 malam - 9.45 malam
Tempat:  Rumah PERSIAP Kajang

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PERSIAP Kajang tepat jam 8.15 malam.
Semua AJK hadir mesyuarat kecuali tiga orang yang bertugas malam dan seorang sedang mengikuti kursus di MPM.

Mesyuarat dibuat untuk mengemaskini aktiviti biro-biro yang telah dijalankan dari awal tahun sehingga 30 November 2010 dan juga membincangkan rangka aktiviti bagi penggal pertama 2011.

AJK dingatkan supaya memaklumkan kepada Setiausaha PERSIAP Kajang akan segala aktiviti biro masing-masing supaya hebahan dapat dilakukan kepada semua ahli PERSIAP Kajang dengan segera.

Mesyuarat ditangguh pada jam 9.45 malam dengan jamuan ringan mee hoon goreng yang disediakan oleh Puan Rodiyah / Puan Zanita.

.

Monday, November 29, 2010

'Ronda-ronda Melaka' bersama PERSIAP Melaka

Aktiviti :  'Ronda-ronda Melaka' PERSIAP Melaka bersama YDP PERSIAP Malaysia
Lokasi:  Kota Melaka / Penjara Sg Udang
Tarikh :  28 November 2010


  
KLIK "READ MORE" UNTUK KOLEKSI KENANGAN 'RONDA-RONDA MELAKA"


Majlis Lembaran Kasih Sejuta Memori

Tarikh:  26 November 2010
Tempat:  Ballroom, Hotal Equatorial Bangi

Majlis makan malam 'Lembaran Kasih Sejuta Memori' diadakan kepada Pegawai-pegawai kanan yang berpindah institusi / persaraan.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir termasuk isteri serta anak-anak mereka yang diraikan.  Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dengan iringi musik/ lagu-lagu oleh ahli Kombo Penjara Kajang, diikuti dengan ucapan oleh pegawai-pegawai yang berpindah / bersara, penyampaian cenderamata dari Kelab Pegawai Kanan dan juga PERSIAP Kajang kepada mereka yang diraikan.

Hidangan 'surprise cake' oleh Kelab Pegawai Kanan kepada Pengarah Penjara Kajang (sempena 6 tahun menerajui Penjara Kajang @ 26 November 2010) dan juga meraikan sambutan Hari Jadi kepada anggota yang akan bersara @ Tuan Haji Marzuki (ulangtahun ke 56 @ 28 November 2010).

KLIK "READ MORE" UNTUK 'SNAP SHOT' MAJLIS

Biro Pendidikan

Aktiviti:  Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita
Tarikh:  27 November 2010
Tempat:  KL Sentral Kuala Lumpur

Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang telah menghadiri program yang dianjurkan oleh oleh Jabatan Pembangunan Wanita bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Aras 2, KL Sentral, Kuala Lumpur. 

Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara tajuk yang aktivi yang telah diadakan:-
  • Implikasi Keganasan terhadap Mangsa dan Perkhidmatan oleh wakil One Stop Crisis Centre, Hospital Kuala Lumpur
  • Men as Partners to end Violence against Women oleh wakil Man-V
  • Menyelami Minda Penjenayah - Tips berguna untuk wanita oleh Encik Kamal Affendi, Penganalisis Jenajah

Saturday, October 23, 2010

Menziarahi ahli keluarga yang sakit di hospital

Pengerusi bersama Pengarah Penjara Kajang serta beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah ahli-ahli keluarga yang sakit. 

Hospital Kajang
  1. Adik Aiman (11 tahun @ anak kepada Ip. Hamdan) disyaki menghidap penyakit darah tinggi, mendapat rawatan di hospital selama seminggu di wad kanak-kanak Hospital Kajang
  2. Adik Firdaus (8 bulan @ anak kepada Kpl Sulaiman) menghidap penyakit jantung, sering mendapat sawan dan sudah tiga minggu mendapat rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kajang
  3. Kakak kepada Tuan AB yang mendapat rawatan stress di Wad Perempuan Hospital Kajang
PPUKM, Cheras
  1. Tuan Wan Ramzan yang mendapat rawatan di unit Jantung PPUKM.  


Friday, October 8, 2010

Majlis Sambutan Aidil Fitri & Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

25 Sept 2010
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Anugerah Pelajar Cemerlang
PERSIAP Malaysia
Lokasi: Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang
Waktu: 10.00 pagi - 1.00 petang


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR KENANGAN MAJLIS

Friday, September 24, 2010

Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang 3/2010

Lokasi:  Rumah PERSIAP Kajang
Waktu:  8.00 malam - 9.30 malam

Semua AJK hadir kecuali Puan Salmah dan Puan Zanita yang tidak dapat hadir pada malam ini.

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara berikut:-
  • Aktiviti PERSIAP Kajang untuk bulan Oktober - Disember 2010
    • kelas memasak diteruskan dua kali sebulan bermula Oktober
    • satu pertandingan Boling PERSIAP Kajang dengan penglibatan TIGA PENJURU iaitu Persatuan Wanita Daerah Semenyih serta Artis-Artis yang akan dibawa oleh RTM, perbincangan lanjut akan diadakan bagi menetapkan tarikh / tempat aktiviti ini diadakan kelak dengan cadangan tarikh yang dipersetujui iaitu awal Disember 2010
  • Membincangkan tugasan AJK terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PERSIAP Malaysia yang akan diadakan pada 25 September 2010 ini
  • Mesyuarat diakhiri dengan jamuan kuih-muih Hari Raya yang dibawa oleh AJK / Pengerusi.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran & Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih
Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan PERSIAP ke 21
Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, 43000 Kajang
9.00 pagi - 12.00 tengahari

Gabungan PERSIAP Majlis Tertinggi, PERSIAP Kajang, PERSIAP Sg Buloh, PERSIAP Seremban dan PERSIAP IPD Jelebu



 KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR SETERUSNYA


Wednesday, August 18, 2010

Moree Ramadhan @ PERSIAP Kajang

13 Ogos 2010 @Jumaat
Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang
selepas solat sunat Terawih
--------------------------------

PERSIAP Kajang mengambil bahagian dalam aktiviti moree sebagaimana tahun-tahun yang lalu, tahun ini kami diberikan tarikh 13 Ogos 2010.

Antara hidangan moree yang disediakan adalah Roti Jala, Kari Ayam dan kuih manis untuk seramai 200 orang jemaah yang mendirikan solat sunat Terawih di masjid ini.

Thursday, August 12, 2010

Kelas Masakan

7 Ogos 2010
RUMAH PERSIAP KAJANG
3.00 petang - 5.30 petang


Alhamdulillah, kelas masakan untuk hari ini berjaya dilaksanakan dengan dua resepi biskut 'orang lama' yang sudah agak sukar untuk membelinya.


  • Resepi pertama @ Biskut Pasir oleh Kak Zai (Puan Zaininariah Ariffin)
  • Resepi kedua @ Biskut Buah Kana oleh Kak Yah (Puan Rodiyah Din,AJK PERSIAP Kajang)
Seramai 16 orang ahli mengikuti kelas memasak pada hari ini. Para peserta dijamu dengan kuih apam dan pulut bakar yang disediakan oleh Kak Yah (sempena nak sambut bulan Ramadhan katanya), terima kasih Kak Yah.

Saksikan gelagat kami sepanjang kelas dijalankan.


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN


Sunday, August 1, 2010

Sekitar Hari Keluarga Penjara Kajang 2010



31 Julai 2010
Dataran Putra (Blok A/B)
Kompleks Perumahan Penjara Kajang
Pertandingan Gubahan untuk isteri kakitangan Penjara Kajang
Pertandingan bertemakan Gubahan Meja menggunakan Bunga Hidup

Berikut beberapa gambar sepanjang pertandingan diadakan.


SILA KLIK "READ MORE" UNTUK MELIHAT FOTO YANG LAIN


Friday, July 30, 2010

Pertandingan Boling Piala YB Tuan Haji Johan, ADUN Semenyih

24 Julai 2010
10.30 pagi - 6.00 petang
Ampang Bowling, Metro Point Kajang

Pertandingan yang berlangsung sehari ini adalah anjuran Penjara Kajang serta juga PERSIAP Kajang.  Seramai 60 orang mengambil bahagian dalam acara ini yang mengabungkan pemain dari pelbagai peringkat masyarakat di sekitar Kajang.

Perlawanan antara VIP pula diadakan pada sebelah petang dengan penglibatan wakil dari pejabat ADUN Semenyih bersama Pengerusi PERSIAP Kajang serta ahli-ahli.  Begitu juga perlawanan antara YB Tuan Haji Johan serta wakil dari pejabat ADUN Semenyih bersama Pengarah Penjara Kajang dan juga pegawai-pegawai yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga penyampian hadiah cenderamata kepada YB ADUN Semenyih serta isteri beliau oleh YS Pengarah Penjara Kajang dan isteri.


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN

Kelas Masakan

25 Julai 2010
Rumah PERSIAP Kajang
3.00 petang - 5.00 petang

Hari ini Pengerusi sendiri membuat kelas memasak dengan resepi KEK COKLAT KUKUS serta resepi tambahan,teknik membuat coklat topping yang lembab dan berkilat.

SILA KLIK "READ MORE" UNTUK ARTIKEL LENGKAP

Monday, June 28, 2010

Ceramah Perdana

24 Jun 2010
----------------
9.00 malam
Program Ceramah Perdana bersama Institusi Penjara Kajang
Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Sg Jelok, 43000 Kajang


Hampir 200 orang terdiri dari ahli-ahli PERSIAP Kajang serta kakitangan Institusi Penjara Kajang menjayakan program ceramah pada hari itu.

Tuesday, May 25, 2010

Taska Gemilang PERSIAP Kajang

25 Mei 2010
----------------

Alhamdulillah, hari ini dapat juga meluangkan masa menjenguk anak-anak di Taska Gemilang PERSIAP Kajang.    Semakin ramai kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang menetap di Kompleks Perumahan Penjara Kajang menghantar anak-anak mereka untuk dijaga oleh 'Team PERSIAP Kajang' yang dilatih dan ditugaskan mengelolakan Taska Gemilang ini.

Setakat hari ini terdapat seramai 53 orang anak-anak yang berusia dari dua bulan hingga tiga tahun dijaga di Taska Gemilang PERSIAP Kajang.

Jom kita lihat gelagat anak-anak sewaktu saya di sana. 

KLIK "READ MORE" UNTUK ARTIKEL LENGKAP


Lawatan ke rumah Ahli

25 Mei 2010
--------------

Pengerusi dan Setiausaha Kajang melakukan lawatan ke rumah ahli PERSIAP Kajang, Puan Hajah Mariam serta suami Koperal Halim di kediaman beliau di Kondo Penjara Kajang.  Tujuan lawatan adalah untuk menyerahkan cenderamata daripada PERSIAP Malaysia kepada ahli yang telah menunaikan fardhu haji pada tahun 2009. 

Sekaligus menziarahi suami beliau Koperal Haji Halim yang sakit dan masih lagi bercuti sakit selama seminggu.  Haji Halim yang mengidap sakit di hempedu dijangka akan menjalani pembedahan pada 30 Jun 2010 depan.

.

Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Ibu Bapa Penjara Wanita Kajang

20 Mei 2010
--------------

Sambutan Hari Ibu Bapa Penjara Wanita Kajang diadakan di Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang dengan dirasmikan oleh YBhg Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah.


Pelbagai program diaturkan untuk ibu-ibu yang terpilih mengambil bahagian pada hari berkenaan.  Antaranya perjumpaan dengan ahli-ahli keluarga, persembahan nyanyian oleh artis2 jemputan seperti Nurul, Jaafar Onn dan Iqwal.


Pertandingan Congkak dan menyanyam ketupat antara penghuni dan ahli keluarga.  Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.



Wednesday, April 14, 2010

Gambar Aktiviti 2010

.
PERTANDINGAN BOLING ANTARA PLATUN
PERSIAP Penjara Kajang
Ampang Superbowl @ Metro Point, Kajang
13 April 2010 @ 8.00 malam - 11.00 malam













Biro Sukan

PERTANDINGAN BOLING PERSIAP PENJARA KAJANG
Berkumpulan antara Platun
13 April 2010
8.00 malam - 11.00 malam
Ampang Superbowl @ Metro Point, Kajang

Seawal jam 7.45 malam lagi ahli-ahli PERSIAP Penjara Kajang bersama keluarga telah mula memenuhi ruang legar Ampang Superbowl.

Dengan seramai 90 ahli yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini, sebanyak 14 platun disusunatur ahli masing-masing. Kesemua 30 lane boling telah digunakan untuk tujuan ini. Dua lane telah diperuntukkan khas buat isteri-isteri pegawai kanan yang mengambil bahagian dalam acara VIP.

Alhamdulillah, pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan majlis berakhir pada jam 10.45 malam dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Kajang, Puan Hjh Shakimah Abdullah.

Sebanyak 5 kategori hadiah Platun, 3 hadiah VIP dan 1 hadiah untuk PIN terbanyak telah diperuntukkan oleh pihak urusetia PERSIAP Kajang/Kelab Sukan Penjara Kajang untuk pertandingan pada malam itu.

Hadiah Platun
----------------
  • Johan@ sepasang kain untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Naib Johan @ sepasang kain untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Tempat ketiga @ hamper untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Saguhati (ke 4) @ hamper untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Saguhati (ke 5) @ hamper untuk setiap peserta (6 perserta satu platun)

Hadiah VIP (individu @ barangan Tupperware)
----------------------------------------------------
  • Johan
  • Naib Johan
  • Ketiga

Hadiah PIN terbanyak
-------------------------
Hamper
.
.