AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Tuesday, December 14, 2010

Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang 2010

Tarikh:  14 Disember 2010
Waktu:  8.15 malam - 9.45 malam
Tempat:  Rumah PERSIAP Kajang

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi PERSIAP Kajang tepat jam 8.15 malam.
Semua AJK hadir mesyuarat kecuali tiga orang yang bertugas malam dan seorang sedang mengikuti kursus di MPM.

Mesyuarat dibuat untuk mengemaskini aktiviti biro-biro yang telah dijalankan dari awal tahun sehingga 30 November 2010 dan juga membincangkan rangka aktiviti bagi penggal pertama 2011.

AJK dingatkan supaya memaklumkan kepada Setiausaha PERSIAP Kajang akan segala aktiviti biro masing-masing supaya hebahan dapat dilakukan kepada semua ahli PERSIAP Kajang dengan segera.

Mesyuarat ditangguh pada jam 9.45 malam dengan jamuan ringan mee hoon goreng yang disediakan oleh Puan Rodiyah / Puan Zanita.

.

Monday, November 29, 2010

'Ronda-ronda Melaka' bersama PERSIAP Melaka

Aktiviti :  'Ronda-ronda Melaka' PERSIAP Melaka bersama YDP PERSIAP Malaysia
Lokasi:  Kota Melaka / Penjara Sg Udang
Tarikh :  28 November 2010


  
KLIK "READ MORE" UNTUK KOLEKSI KENANGAN 'RONDA-RONDA MELAKA"


Majlis Lembaran Kasih Sejuta Memori

Tarikh:  26 November 2010
Tempat:  Ballroom, Hotal Equatorial Bangi

Majlis makan malam 'Lembaran Kasih Sejuta Memori' diadakan kepada Pegawai-pegawai kanan yang berpindah institusi / persaraan.

Seramai lebih kurang 100 orang hadir termasuk isteri serta anak-anak mereka yang diraikan.  Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam dengan iringi musik/ lagu-lagu oleh ahli Kombo Penjara Kajang, diikuti dengan ucapan oleh pegawai-pegawai yang berpindah / bersara, penyampaian cenderamata dari Kelab Pegawai Kanan dan juga PERSIAP Kajang kepada mereka yang diraikan.

Hidangan 'surprise cake' oleh Kelab Pegawai Kanan kepada Pengarah Penjara Kajang (sempena 6 tahun menerajui Penjara Kajang @ 26 November 2010) dan juga meraikan sambutan Hari Jadi kepada anggota yang akan bersara @ Tuan Haji Marzuki (ulangtahun ke 56 @ 28 November 2010).

KLIK "READ MORE" UNTUK 'SNAP SHOT' MAJLIS

Biro Pendidikan

Aktiviti:  Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita
Tarikh:  27 November 2010
Tempat:  KL Sentral Kuala Lumpur

Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang telah menghadiri program yang dianjurkan oleh oleh Jabatan Pembangunan Wanita bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Aras 2, KL Sentral, Kuala Lumpur. 

Program telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Antara tajuk yang aktivi yang telah diadakan:-
  • Implikasi Keganasan terhadap Mangsa dan Perkhidmatan oleh wakil One Stop Crisis Centre, Hospital Kuala Lumpur
  • Men as Partners to end Violence against Women oleh wakil Man-V
  • Menyelami Minda Penjenayah - Tips berguna untuk wanita oleh Encik Kamal Affendi, Penganalisis Jenajah

Saturday, October 23, 2010

Menziarahi ahli keluarga yang sakit di hospital

Pengerusi bersama Pengarah Penjara Kajang serta beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah ahli-ahli keluarga yang sakit. 

Hospital Kajang
  1. Adik Aiman (11 tahun @ anak kepada Ip. Hamdan) disyaki menghidap penyakit darah tinggi, mendapat rawatan di hospital selama seminggu di wad kanak-kanak Hospital Kajang
  2. Adik Firdaus (8 bulan @ anak kepada Kpl Sulaiman) menghidap penyakit jantung, sering mendapat sawan dan sudah tiga minggu mendapat rawatan di wad kanak-kanak Hospital Kajang
  3. Kakak kepada Tuan AB yang mendapat rawatan stress di Wad Perempuan Hospital Kajang
PPUKM, Cheras
  1. Tuan Wan Ramzan yang mendapat rawatan di unit Jantung PPUKM.  


Friday, October 8, 2010

Majlis Sambutan Aidil Fitri & Anugerah Pelajar Cemerlang 2010

25 Sept 2010
Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri & Anugerah Pelajar Cemerlang
PERSIAP Malaysia
Lokasi: Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang
Waktu: 10.00 pagi - 1.00 petang


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR KENANGAN MAJLIS

Friday, September 24, 2010

Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang 3/2010

Lokasi:  Rumah PERSIAP Kajang
Waktu:  8.00 malam - 9.30 malam

Semua AJK hadir kecuali Puan Salmah dan Puan Zanita yang tidak dapat hadir pada malam ini.

Mesyuarat membincangkan beberapa perkara berikut:-
  • Aktiviti PERSIAP Kajang untuk bulan Oktober - Disember 2010
    • kelas memasak diteruskan dua kali sebulan bermula Oktober
    • satu pertandingan Boling PERSIAP Kajang dengan penglibatan TIGA PENJURU iaitu Persatuan Wanita Daerah Semenyih serta Artis-Artis yang akan dibawa oleh RTM, perbincangan lanjut akan diadakan bagi menetapkan tarikh / tempat aktiviti ini diadakan kelak dengan cadangan tarikh yang dipersetujui iaitu awal Disember 2010
  • Membincangkan tugasan AJK terlibat dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri PERSIAP Malaysia yang akan diadakan pada 25 September 2010 ini
  • Mesyuarat diakhiri dengan jamuan kuih-muih Hari Raya yang dibawa oleh AJK / Pengerusi.

Saturday, September 4, 2010

Majlis Khatam Al Quran

Majlis Khatam Al Quran & Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tasbih
Sempena Sambutan Ulangtahun Penubuhan PERSIAP ke 21
Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, 43000 Kajang
9.00 pagi - 12.00 tengahari

Gabungan PERSIAP Majlis Tertinggi, PERSIAP Kajang, PERSIAP Sg Buloh, PERSIAP Seremban dan PERSIAP IPD Jelebu



 KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR SETERUSNYA


Wednesday, August 18, 2010

Moree Ramadhan @ PERSIAP Kajang

13 Ogos 2010 @Jumaat
Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang
selepas solat sunat Terawih
--------------------------------

PERSIAP Kajang mengambil bahagian dalam aktiviti moree sebagaimana tahun-tahun yang lalu, tahun ini kami diberikan tarikh 13 Ogos 2010.

Antara hidangan moree yang disediakan adalah Roti Jala, Kari Ayam dan kuih manis untuk seramai 200 orang jemaah yang mendirikan solat sunat Terawih di masjid ini.

Thursday, August 12, 2010

Kelas Masakan

7 Ogos 2010
RUMAH PERSIAP KAJANG
3.00 petang - 5.30 petang


Alhamdulillah, kelas masakan untuk hari ini berjaya dilaksanakan dengan dua resepi biskut 'orang lama' yang sudah agak sukar untuk membelinya.


  • Resepi pertama @ Biskut Pasir oleh Kak Zai (Puan Zaininariah Ariffin)
  • Resepi kedua @ Biskut Buah Kana oleh Kak Yah (Puan Rodiyah Din,AJK PERSIAP Kajang)
Seramai 16 orang ahli mengikuti kelas memasak pada hari ini. Para peserta dijamu dengan kuih apam dan pulut bakar yang disediakan oleh Kak Yah (sempena nak sambut bulan Ramadhan katanya), terima kasih Kak Yah.

Saksikan gelagat kami sepanjang kelas dijalankan.


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR-GAMBAR YANG LAIN


Sunday, August 1, 2010

Sekitar Hari Keluarga Penjara Kajang 2010



31 Julai 2010
Dataran Putra (Blok A/B)
Kompleks Perumahan Penjara Kajang
Pertandingan Gubahan untuk isteri kakitangan Penjara Kajang
Pertandingan bertemakan Gubahan Meja menggunakan Bunga Hidup

Berikut beberapa gambar sepanjang pertandingan diadakan.


SILA KLIK "READ MORE" UNTUK MELIHAT FOTO YANG LAIN


Friday, July 30, 2010

Pertandingan Boling Piala YB Tuan Haji Johan, ADUN Semenyih

24 Julai 2010
10.30 pagi - 6.00 petang
Ampang Bowling, Metro Point Kajang

Pertandingan yang berlangsung sehari ini adalah anjuran Penjara Kajang serta juga PERSIAP Kajang.  Seramai 60 orang mengambil bahagian dalam acara ini yang mengabungkan pemain dari pelbagai peringkat masyarakat di sekitar Kajang.

Perlawanan antara VIP pula diadakan pada sebelah petang dengan penglibatan wakil dari pejabat ADUN Semenyih bersama Pengerusi PERSIAP Kajang serta ahli-ahli.  Begitu juga perlawanan antara YB Tuan Haji Johan serta wakil dari pejabat ADUN Semenyih bersama Pengarah Penjara Kajang dan juga pegawai-pegawai yang terlibat dalam penganjuran pertandingan ini.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang dan juga penyampian hadiah cenderamata kepada YB ADUN Semenyih serta isteri beliau oleh YS Pengarah Penjara Kajang dan isteri.


KLIK "READ MORE" UNTUK GAMBAR-GAMBAR LAIN

Kelas Masakan

25 Julai 2010
Rumah PERSIAP Kajang
3.00 petang - 5.00 petang

Hari ini Pengerusi sendiri membuat kelas memasak dengan resepi KEK COKLAT KUKUS serta resepi tambahan,teknik membuat coklat topping yang lembab dan berkilat.

SILA KLIK "READ MORE" UNTUK ARTIKEL LENGKAP

Monday, June 28, 2010

Ceramah Perdana

24 Jun 2010
----------------
9.00 malam
Program Ceramah Perdana bersama Institusi Penjara Kajang
Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Sg Jelok, 43000 Kajang


Hampir 200 orang terdiri dari ahli-ahli PERSIAP Kajang serta kakitangan Institusi Penjara Kajang menjayakan program ceramah pada hari itu.

Tuesday, May 25, 2010

Taska Gemilang PERSIAP Kajang

25 Mei 2010
----------------

Alhamdulillah, hari ini dapat juga meluangkan masa menjenguk anak-anak di Taska Gemilang PERSIAP Kajang.    Semakin ramai kakitangan Jabatan Penjara Malaysia yang menetap di Kompleks Perumahan Penjara Kajang menghantar anak-anak mereka untuk dijaga oleh 'Team PERSIAP Kajang' yang dilatih dan ditugaskan mengelolakan Taska Gemilang ini.

Setakat hari ini terdapat seramai 53 orang anak-anak yang berusia dari dua bulan hingga tiga tahun dijaga di Taska Gemilang PERSIAP Kajang.

Jom kita lihat gelagat anak-anak sewaktu saya di sana. 

KLIK "READ MORE" UNTUK ARTIKEL LENGKAP


Lawatan ke rumah Ahli

25 Mei 2010
--------------

Pengerusi dan Setiausaha Kajang melakukan lawatan ke rumah ahli PERSIAP Kajang, Puan Hajah Mariam serta suami Koperal Halim di kediaman beliau di Kondo Penjara Kajang.  Tujuan lawatan adalah untuk menyerahkan cenderamata daripada PERSIAP Malaysia kepada ahli yang telah menunaikan fardhu haji pada tahun 2009. 

Sekaligus menziarahi suami beliau Koperal Haji Halim yang sakit dan masih lagi bercuti sakit selama seminggu.  Haji Halim yang mengidap sakit di hempedu dijangka akan menjalani pembedahan pada 30 Jun 2010 depan.

.

Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Ibu Bapa Penjara Wanita Kajang

20 Mei 2010
--------------

Sambutan Hari Ibu Bapa Penjara Wanita Kajang diadakan di Dewan Kelab Sukan Penjara Kajang dengan dirasmikan oleh YBhg Tengku Datin Seri Marsilla binti Tengku Abdullah.


Pelbagai program diaturkan untuk ibu-ibu yang terpilih mengambil bahagian pada hari berkenaan.  Antaranya perjumpaan dengan ahli-ahli keluarga, persembahan nyanyian oleh artis2 jemputan seperti Nurul, Jaafar Onn dan Iqwal.


Pertandingan Congkak dan menyanyam ketupat antara penghuni dan ahli keluarga.  Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.



Wednesday, April 14, 2010

Gambar Aktiviti 2010

.
PERTANDINGAN BOLING ANTARA PLATUN
PERSIAP Penjara Kajang
Ampang Superbowl @ Metro Point, Kajang
13 April 2010 @ 8.00 malam - 11.00 malam













Biro Sukan

PERTANDINGAN BOLING PERSIAP PENJARA KAJANG
Berkumpulan antara Platun
13 April 2010
8.00 malam - 11.00 malam
Ampang Superbowl @ Metro Point, Kajang

Seawal jam 7.45 malam lagi ahli-ahli PERSIAP Penjara Kajang bersama keluarga telah mula memenuhi ruang legar Ampang Superbowl.

Dengan seramai 90 ahli yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini, sebanyak 14 platun disusunatur ahli masing-masing. Kesemua 30 lane boling telah digunakan untuk tujuan ini. Dua lane telah diperuntukkan khas buat isteri-isteri pegawai kanan yang mengambil bahagian dalam acara VIP.

Alhamdulillah, pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan majlis berakhir pada jam 10.45 malam dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang oleh Pengerusi PERSIAP Penjara Kajang, Puan Hjh Shakimah Abdullah.

Sebanyak 5 kategori hadiah Platun, 3 hadiah VIP dan 1 hadiah untuk PIN terbanyak telah diperuntukkan oleh pihak urusetia PERSIAP Kajang/Kelab Sukan Penjara Kajang untuk pertandingan pada malam itu.

Hadiah Platun
----------------
  • Johan@ sepasang kain untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Naib Johan @ sepasang kain untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Tempat ketiga @ hamper untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Saguhati (ke 4) @ hamper untuk setiap peserta (6 peserta satu platun)
  • Saguhati (ke 5) @ hamper untuk setiap peserta (6 perserta satu platun)

Hadiah VIP (individu @ barangan Tupperware)
----------------------------------------------------
  • Johan
  • Naib Johan
  • Ketiga

Hadiah PIN terbanyak
-------------------------
Hamper
.
.

Monday, April 5, 2010

Kelas Gubahan @ 3 April 2010



Gambar Kelas Memasak @ 3 April 2010













































































Kelas Memasak & Gubahan

3 April 2010
Rumah PERSIAP Kajang
3.00 petang - 6.00 petang

Seramai 28 orang ahli PERSIAP Kajang dan juga seorang ahli dari PERSIAP Kluang yang kebetulan menziarahi rakan di Kompleks Wira Jaya juga berpeluang mengikuti kelas memasak & gubahan yang dianjurkan PERSIAP Kajang pada petang ini.

Dua tenaga pengajar yang terdiri dari AJK / ahli PERSIAP Kajang sendiri telah memberi tunjuk-ajar membuat kek lapis kukus masam manis dan mengubah buah pala menjadi bunga kekwa.

Lihatlah sendiri gambar-gambar yang sempat diambil pada petang ini.

Kelas akan datang dijadualkan pada 17 April 2010 @ Masak Daging Rusa ala Jawa.
.
.

Tuesday, March 30, 2010

Menziarahi ahli / keluarga PERSIAP Kajang

30 Mac 2010
10.30 pagi - 1.00 petang
--------------------------

Pengerusi, Setiausaha dan beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi ahli dan keluarga ahli yang mengidap penyakit kronik / OKU dan sekaligus menyampaikan sumbangan dari tabung Pesakit Kronik/OKU @ PERSIAP Malaysia.

Adik Nabihah binti Mohd Fadzin
anak kepada Puan Rodiyah binti Din

Adik Nabihah dilahirkan cacat, antara ketidak-sempurnaan adik Nabihah adalah tidak mempunyai saluran kencing / membuang air besar, adik Nabihah yang berusia 14 tahun ketika ini sedang mendapat rawatan di rumah kerana baru tiga minggu menjalani pembedahan membuat saluran kencing / membuang air besar yang baru iaitu sesuai dengan usianya. Ini merupakan pembedahan ke tujuh bagi adik Nabihah sejak dilahirkan Sehingga sekarang, adik Nabihah perlu mengambil ubat-ubatan khas dari Hospital Kuala Lumpur.

Adik Nabihah dapat berjalan seperti normal namun perlu memakai lampin pakai-buang setiap masa disebabkan kecacatannya ini. Walau bagaimanapun, adik Nabihah boleh bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

Adik Nabihah dijangka masuk wad pada 7 April 2010 untuk rawatan lanjut.

Adik Muhamad Hyirul Hamizan b Arbane
anak sulong kepada Puan Sarah

Adik Hyirul (panggilan beliau) kini berusia 14 tahun, pengidap AUSTISME tahap tegar , tidak boleh bercakap dan yang memerlukan kawalan ibubapa selama 24 jam. Adik Hyirul ditempatkan di sebuah bilik khas di kediaman keluarganya di Kuarters Penjara, Taman Wira Jaya. Bilik yang dipasang geriji besi ini jugalah merupakan tempat tidur adik Hyirul kerana beliau tidak boleh dibiarkan berkeliaran di dalam rumah seorang diri kerana beliau akan memecahkan peralatan / perabut / pinggan-mangkuk di dalam rumah. Di dalam bilik ini juga ditempatkan dua tilam untuk dijadikan tempat tidur beliau.

Beliau akan dibiarkan berada di ruang rumah sekiranya ibu atau bapanya berada di rumah. Melalui perbualan dengan ibu adik Hyirul, Puan Sarah, adik Hyirul jarang sekali tidur dan ada ketikanya tiga - empat hari beliau tidak tidur. Dalam keadaan ini, penjagaan rapi oleh ibu-bapa amat penting kerana adik Hyirul akan membuat bising, mengetuk-getuk gerigi besi dan menjerit-jerit. Adik Hyirul memerlukan sekurang-kurangnya 12 helai lampin pakai-buang dewasa dalam masa sehari. Beliau perlu memakai pakaian khas bagi menggelakkannya mencederakan diri sendiri.

Adik Muhammad Hakimi Ashraf bin Mohd Hasmizan
anak sulong kepada Puan Su

Adik Hakimi (panggilan beliau) kini berusia 9 tahun dan dilahirkan cacat Spastic Cerebral Palsy. Adik Hakimi kini mendapat rawatan fisio-terapi di Sekolah Anak Istimewa, Kajang dan juga rawatan di Hospital Kajang. Beliau tidak dapat berjalan maupun bercakap seperti kanak-kanak normal dan memerlukan bantuan dari ibubapa sepanjang waktu seperti mandi, makan, menukar pakaian dll.

Bagi memudahkan pergerakan, adik Hakimi terpaksa menggunakan kerusi roda khas agar ibubapa beliau dapat membawa beliau keluar. Adik Hakimi juga perlu memakai lampin pakai buang setiap waktu.

Puan Nor Aishafah bt Ahamad
isteri kepada Zahari b Zakaria

Puan Ain (panggilan beliau) merupakan pengidap sakit jantung kronik @ Pulmonary Atresia with VSA sejak dilahirkan. Beliau yang berusia 34 tahun ini memerlukan rawatan terapi oksigen setiap waktu. Puan Ain tidak boleh melakukan tugasan berat disebabkan penyakit ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ahli/keluarga PERSIAP Kajang bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini dan tabah menghadapi dugaan hidup.
.
.
  1. Adik Zariff Qayyum bin Azhar,anak kepada Puan Zarodah
  2. Puan Hajjah Mariam Abdul Rahman
Kedua-dua keluarga ini kebetulan tidak berada di rumah, aktiviti ditangguh ke tarikh yang lain.
.
.

Monday, March 29, 2010

Biro Amal & Kebajikan

29 Mac 2010
--------------

Beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Sarjan Ghani di rumah beliau. Sjn baru sahaja kembali dari Hospital Kajang dan dibenarkan berehat di rumah akibat serangan angin Ahmar.
.
.

Sunday, March 21, 2010

Aktiviti PERSIAP Kajang

.
7 Mac 2010
Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Kajang

Majlis Sambutan Maulidul Rasul telah berjaya dianjurkan oleh Sekolah KAFA Intergrasi Hidayatul Iman, Sg Jelok, 43000 Kajang dengan kerjasama PERSIAP Penjara Kajang serta ibubapa pelajar-pelajar Sekolah KAFA Intergrasi Hidayatul Iman. Perarakan bermula di hadapan dataran Balai Pengawal Jabatan Penjara Malaysia dan berakhir di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis diserikan lagi dengan Ceramah Rumahku Syurgaku oleh Y.Bhg Ustal Abdul Rahman dari Kolej Islam Selangor.


Saturday, March 20, 2010

Gambar PERSIAP Kajang @ Langkawi




Mesyuarat Agong PERSIAP Malaysia


14 - 15 Mac 2010
Akademi Penjara Langkawi
--------------------------------

Seramai empat orang perwakilan dari PERSIAP Penjara Kajang telah mengikuti Mesyuarat Agong PERSIAP Malaysia pada 14 Mac 2010 di Akademi Penjara Langkawi dan juga mengikuti seminar "Ayat-ayat Cinta" pada 15 Mac 2010 di Auditorium LADA, Langkawi.

  • Hjh Shakimah Abdullah
  • Ratna Alam
  • Nurul Huda Ishak
  • Rodiyah Din

Sunday, February 28, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

.
Laporan bulan Februari

27 Feb 2010

Beberapa orang ahli PERSIAP Kajang sempat meluangkan masa menziarah anak kepada Puan Maznah (i.e patah kaki akibat kemalangan jalanraya) . Beliau sekarang sudahpun kembali ke rumah untuk bercuti rehat.

26 Feb 2010

Seramai 23 orang ahli PERSIAP Kajang pergi menziarah adik Amirudin Zakaria (anak kepada Tuan Zakaria) yang kemalangan jalanraya dan masih lagi berada dalam keadaan kritikal di wad ICU, Katil No. 5 Tingkat 3 di Hospital Kuala Lumpur.

Mereka juga sempat menziarah anak kepada Koperal Nasir (adik Zuriani bt Nasir) yang masih mendapat rawatan diwad WDW, Tingkat 5, Hospital Selayang. Adik Zuriani mengalami jangkitan kuman paru-paru yang telah menjalani rawatan sejak beberapa minggu yang lalu.

Marilah kita sama-sama mendoakan supaya mereka segera semboh dan dapat kembali bersama keluarga dalam masa terdekat ini.

21 Feb 2010

Seramai lebih kurang 15 orang ahli PERSIAP Kajang telah menziarahi Wadar Shahimie Abu Hassan (13668) yang telah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan di dalam perut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras (PPUKM), beliau masih lagi mendapat rawatan dan diwadkan di Wad 5J. Sama-sama kita mendoakan agar beliau cepat semboh dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

10 Feb 2010

Beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Rosmawati binti Mohd Yusof, isteri kepada Sarjan Abd Rani (5737) yang menjalani pembedahan fibroid di Hospital Kajang. Semoga beliau segera semboh, insyallah.


.

Saturday, February 20, 2010

Biro Masakan










Biro Masakan

.
20 Februari 2010
Sabtu
3.00 petang - 5.30 petang
Rumah PERSIAP Kajang

Resepi: Masak Sayur Rampai Lemak Tempoyak
Tenaga Pengajar: Puan Salmah bin Harun (AJK PERSIAP Kajang)

Seramai 28 orang ahli telah meluangkan masa mengikuti kelas memasak yang dianjurkan pada petang ini. Kelas dikendalikan oleh Puan Salmah selaku tenaga pengajar dengan resepi SAYUR RAMPAI LEMAK TEMPOYAK.

Kesemua ahli yang hadir dapat membawa pulang sedikit seorang resepi yang disediakan pada hari ini.

Resepi

Bahan A (kesemua bahan-bahan ini dihiris halus)

Daun Kadok
Daun Kunyit
Serai
Pucuk Ubi Kayu
Kunyit

Bahan B (kisar hancur)
Cili Padi / Cili Hidup

Bahan C

Tempoyak

Bahan D

Santan Pekat

Cara Memasak

Campurkan kesemua bahan A hingga rata dan digaulkan pula Bahan B sambil diikuti dengan bahan C. ke dalam periuk dan juga masukkan santan pekat. Masak di atas api sederhana sambil dikacau, tambahkan garam / gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan sayuran hiris lembut dan berbau aroma tempoyak.

Hidangkan bersama nasi putih / ikan masin / sambal belacan.

Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong

.
31 Januari 2010

Semua AJK PERSIAP Sessi 2010/2011 telah berkumpul di Rumah PERSIAP Kajang pada jam 3.00 petang untuk membuat gotong-royong membersihkan rumah persatuan seperti menyapu/mob, ada yang menukar cadar-cadar disetiap bilik, membersihkan tingkap dan menyusun barang-barang cenderamata di dalam bilik stor.

Dengan kerjasama semua AJK, program gotong-royong ini berjaya disiapkan pada jam 5.00 petang dengan jamuan Mee Hoon Goreng (disediakan oleh Pengerusi PERSIAP Kajang) dan Teh O (disediakan oleh Puan Zaiton).

.

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat AJK 01/2010

.
28 Januari 2010

Mesyuarat pertama bagi AJK PERSIAP Kajang Sessi 2010/2011 telah berjaya diadakan mulai jam 8.00 malam bertempat di Rumah PERSIAP Kajang.

Kesemua ahli hadir menjayakan mesyuarat kecuali Puan Halimah Hassan yang bertugas malam.

Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
  1. Perlantikan biro-biro serta menyediakan takwin aktiviti PERSIAP Kajang sepanjang 2010.
  2. Penyerahan borang ahli/keluarga yang sakit Kronik/OKU (sebanyak 4 nama serta dokumen) telah diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
  3. Penyerahan borang keahlian yang telah ditugaskan kepada biro-biro untuk membuat serahan dari pintu ke pintu. Setakat hari ini, sebanyak 150 borang telahpun berjaya diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
.

Monday, January 11, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

Laporan @ Januari
---------------------------

17 Januari 2010

Seramai 22 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Ummi yang kematian anak (kelahiran tak cukup bulan) di Kg Sawah Senggala, Port Dickson.

Dalam perjalanan pulang dari rumah Puan Ummi, mereka juga sempat membuat lawatan ke Muzium Tentera yang terletak berhampiran dengan kampong Puan Ummi.

13 Januari 2010


Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi ibu mertua Pengerusi PERSIAP Kajang yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 5 Januari 2010 lepas.

Mereka juga sempat meluangkan masa menziarahi Kpl Tarmizi Yaakub yang sedang dirawat di wad Dahlia, Hospital Kuala Lumpur.

11 Januari 2010

Seramai 8 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi anak Koperal Nasir yang dimasukkan (batu karang dalam hempedu) ke wad di Hospital Kajang.

10 Januari 2010

AJK meluangkan masa menziarahi isteri kepada Wdr Yusri yang kematian bayi. Bayi meninggal sewaktu lahir (tidak cukup bulan) pada 5 Januari 2010.

2 Januari 2010

Beberapa orang ajk PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah S.I Kandi yang mendapat rawatan kencing manis di Hospital Kajang pada jam 10.00 pagi.
.
.

Sunday, January 10, 2010

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16

.
9 Januari 2010
2.00 petang - 4.30 petang

Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 berjaya dirasmikan oleh Pengarah Penjara Kajang, Tuan Haji Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan pada tepat jam 2.20 petang di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia. Tuan Pengarah juga sempat mengada dialog bersama ahli-ahli yang hadir bertanyakan isu-isu yang memerlukan perhatian daripada pihak Penjara Kajang, hasil dari dialog ringkas dua hala ini, insyallah tindakan akan segera diambil.

Seramai 55 orang ahli PERSIAP Kajang hadir menjayakan mesyuarat agong ke 16. Sebahagian besar terdiri daripada kaum ibu dari PERSIAP Kajang dan juga anggota wanita Penjara Kajang. Hampir 80 orang tidak dapat hadir kerana bertugas, walau bagaimanapun mesyuarat dapat diteruskan tanpa sebarang sebarang isu yang dibangkit dan diikuti dengan pemilihan AJK bagi sesi 2010/2011. Pemilihan nama untuk dicalonkan sebagai wakil AJK Majlis Tertinggi juga telah dibuat dengan 4 penamaan calon dipersetujui ahli dan nama-nama ini akan diberikan kepada Setiausaha PERSIAP Malaysia bagi tindakan seterusnya.

Mesyuarat selesai tepat jam 4.00 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada PERSIAP Kajang.
.
.

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 @ Gambar