AKTIVITI AKAN DATANG?



.


Tuesday, March 30, 2010

Menziarahi ahli / keluarga PERSIAP Kajang

30 Mac 2010
10.30 pagi - 1.00 petang
--------------------------

Pengerusi, Setiausaha dan beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi ahli dan keluarga ahli yang mengidap penyakit kronik / OKU dan sekaligus menyampaikan sumbangan dari tabung Pesakit Kronik/OKU @ PERSIAP Malaysia.

Adik Nabihah binti Mohd Fadzin
anak kepada Puan Rodiyah binti Din

Adik Nabihah dilahirkan cacat, antara ketidak-sempurnaan adik Nabihah adalah tidak mempunyai saluran kencing / membuang air besar, adik Nabihah yang berusia 14 tahun ketika ini sedang mendapat rawatan di rumah kerana baru tiga minggu menjalani pembedahan membuat saluran kencing / membuang air besar yang baru iaitu sesuai dengan usianya. Ini merupakan pembedahan ke tujuh bagi adik Nabihah sejak dilahirkan Sehingga sekarang, adik Nabihah perlu mengambil ubat-ubatan khas dari Hospital Kuala Lumpur.

Adik Nabihah dapat berjalan seperti normal namun perlu memakai lampin pakai-buang setiap masa disebabkan kecacatannya ini. Walau bagaimanapun, adik Nabihah boleh bercakap seperti kanak-kanak normal yang lain.

Adik Nabihah dijangka masuk wad pada 7 April 2010 untuk rawatan lanjut.

Adik Muhamad Hyirul Hamizan b Arbane
anak sulong kepada Puan Sarah

Adik Hyirul (panggilan beliau) kini berusia 14 tahun, pengidap AUSTISME tahap tegar , tidak boleh bercakap dan yang memerlukan kawalan ibubapa selama 24 jam. Adik Hyirul ditempatkan di sebuah bilik khas di kediaman keluarganya di Kuarters Penjara, Taman Wira Jaya. Bilik yang dipasang geriji besi ini jugalah merupakan tempat tidur adik Hyirul kerana beliau tidak boleh dibiarkan berkeliaran di dalam rumah seorang diri kerana beliau akan memecahkan peralatan / perabut / pinggan-mangkuk di dalam rumah. Di dalam bilik ini juga ditempatkan dua tilam untuk dijadikan tempat tidur beliau.

Beliau akan dibiarkan berada di ruang rumah sekiranya ibu atau bapanya berada di rumah. Melalui perbualan dengan ibu adik Hyirul, Puan Sarah, adik Hyirul jarang sekali tidur dan ada ketikanya tiga - empat hari beliau tidak tidur. Dalam keadaan ini, penjagaan rapi oleh ibu-bapa amat penting kerana adik Hyirul akan membuat bising, mengetuk-getuk gerigi besi dan menjerit-jerit. Adik Hyirul memerlukan sekurang-kurangnya 12 helai lampin pakai-buang dewasa dalam masa sehari. Beliau perlu memakai pakaian khas bagi menggelakkannya mencederakan diri sendiri.

Adik Muhammad Hakimi Ashraf bin Mohd Hasmizan
anak sulong kepada Puan Su

Adik Hakimi (panggilan beliau) kini berusia 9 tahun dan dilahirkan cacat Spastic Cerebral Palsy. Adik Hakimi kini mendapat rawatan fisio-terapi di Sekolah Anak Istimewa, Kajang dan juga rawatan di Hospital Kajang. Beliau tidak dapat berjalan maupun bercakap seperti kanak-kanak normal dan memerlukan bantuan dari ibubapa sepanjang waktu seperti mandi, makan, menukar pakaian dll.

Bagi memudahkan pergerakan, adik Hakimi terpaksa menggunakan kerusi roda khas agar ibubapa beliau dapat membawa beliau keluar. Adik Hakimi juga perlu memakai lampin pakai buang setiap waktu.

Puan Nor Aishafah bt Ahamad
isteri kepada Zahari b Zakaria

Puan Ain (panggilan beliau) merupakan pengidap sakit jantung kronik @ Pulmonary Atresia with VSA sejak dilahirkan. Beliau yang berusia 34 tahun ini memerlukan rawatan terapi oksigen setiap waktu. Puan Ain tidak boleh melakukan tugasan berat disebabkan penyakit ini.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ahli/keluarga PERSIAP Kajang bersabar dengan ketentuan Allah SWT ini dan tabah menghadapi dugaan hidup.
.
.
  1. Adik Zariff Qayyum bin Azhar,anak kepada Puan Zarodah
  2. Puan Hajjah Mariam Abdul Rahman
Kedua-dua keluarga ini kebetulan tidak berada di rumah, aktiviti ditangguh ke tarikh yang lain.
.
.

Monday, March 29, 2010

Biro Amal & Kebajikan

29 Mac 2010
--------------

Beberapa orang AJK PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Sarjan Ghani di rumah beliau. Sjn baru sahaja kembali dari Hospital Kajang dan dibenarkan berehat di rumah akibat serangan angin Ahmar.
.
.

Sunday, March 21, 2010

Aktiviti PERSIAP Kajang

.
7 Mac 2010
Masjid Jabatan Penjara Malaysia
Kajang

Majlis Sambutan Maulidul Rasul telah berjaya dianjurkan oleh Sekolah KAFA Intergrasi Hidayatul Iman, Sg Jelok, 43000 Kajang dengan kerjasama PERSIAP Penjara Kajang serta ibubapa pelajar-pelajar Sekolah KAFA Intergrasi Hidayatul Iman. Perarakan bermula di hadapan dataran Balai Pengawal Jabatan Penjara Malaysia dan berakhir di perkarangan Masjid Jabatan Penjara Malaysia.

Majlis diserikan lagi dengan Ceramah Rumahku Syurgaku oleh Y.Bhg Ustal Abdul Rahman dari Kolej Islam Selangor.


Saturday, March 20, 2010

Gambar PERSIAP Kajang @ Langkawi




Mesyuarat Agong PERSIAP Malaysia


14 - 15 Mac 2010
Akademi Penjara Langkawi
--------------------------------

Seramai empat orang perwakilan dari PERSIAP Penjara Kajang telah mengikuti Mesyuarat Agong PERSIAP Malaysia pada 14 Mac 2010 di Akademi Penjara Langkawi dan juga mengikuti seminar "Ayat-ayat Cinta" pada 15 Mac 2010 di Auditorium LADA, Langkawi.

  • Hjh Shakimah Abdullah
  • Ratna Alam
  • Nurul Huda Ishak
  • Rodiyah Din

Sunday, February 28, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

.
Laporan bulan Februari

27 Feb 2010

Beberapa orang ahli PERSIAP Kajang sempat meluangkan masa menziarah anak kepada Puan Maznah (i.e patah kaki akibat kemalangan jalanraya) . Beliau sekarang sudahpun kembali ke rumah untuk bercuti rehat.

26 Feb 2010

Seramai 23 orang ahli PERSIAP Kajang pergi menziarah adik Amirudin Zakaria (anak kepada Tuan Zakaria) yang kemalangan jalanraya dan masih lagi berada dalam keadaan kritikal di wad ICU, Katil No. 5 Tingkat 3 di Hospital Kuala Lumpur.

Mereka juga sempat menziarah anak kepada Koperal Nasir (adik Zuriani bt Nasir) yang masih mendapat rawatan diwad WDW, Tingkat 5, Hospital Selayang. Adik Zuriani mengalami jangkitan kuman paru-paru yang telah menjalani rawatan sejak beberapa minggu yang lalu.

Marilah kita sama-sama mendoakan supaya mereka segera semboh dan dapat kembali bersama keluarga dalam masa terdekat ini.

21 Feb 2010

Seramai lebih kurang 15 orang ahli PERSIAP Kajang telah menziarahi Wadar Shahimie Abu Hassan (13668) yang telah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan di dalam perut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras (PPUKM), beliau masih lagi mendapat rawatan dan diwadkan di Wad 5J. Sama-sama kita mendoakan agar beliau cepat semboh dan keluarga beliau tabah menghadapi dugaan ini.

10 Feb 2010

Beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Rosmawati binti Mohd Yusof, isteri kepada Sarjan Abd Rani (5737) yang menjalani pembedahan fibroid di Hospital Kajang. Semoga beliau segera semboh, insyallah.


.

Saturday, February 20, 2010

Biro Masakan










Biro Masakan

.
20 Februari 2010
Sabtu
3.00 petang - 5.30 petang
Rumah PERSIAP Kajang

Resepi: Masak Sayur Rampai Lemak Tempoyak
Tenaga Pengajar: Puan Salmah bin Harun (AJK PERSIAP Kajang)

Seramai 28 orang ahli telah meluangkan masa mengikuti kelas memasak yang dianjurkan pada petang ini. Kelas dikendalikan oleh Puan Salmah selaku tenaga pengajar dengan resepi SAYUR RAMPAI LEMAK TEMPOYAK.

Kesemua ahli yang hadir dapat membawa pulang sedikit seorang resepi yang disediakan pada hari ini.

Resepi

Bahan A (kesemua bahan-bahan ini dihiris halus)

Daun Kadok
Daun Kunyit
Serai
Pucuk Ubi Kayu
Kunyit

Bahan B (kisar hancur)
Cili Padi / Cili Hidup

Bahan C

Tempoyak

Bahan D

Santan Pekat

Cara Memasak

Campurkan kesemua bahan A hingga rata dan digaulkan pula Bahan B sambil diikuti dengan bahan C. ke dalam periuk dan juga masukkan santan pekat. Masak di atas api sederhana sambil dikacau, tambahkan garam / gula secukup rasa. Masak sehingga mendidih dan sayuran hiris lembut dan berbau aroma tempoyak.

Hidangkan bersama nasi putih / ikan masin / sambal belacan.

Sunday, January 31, 2010

Gotong Royong

.
31 Januari 2010

Semua AJK PERSIAP Sessi 2010/2011 telah berkumpul di Rumah PERSIAP Kajang pada jam 3.00 petang untuk membuat gotong-royong membersihkan rumah persatuan seperti menyapu/mob, ada yang menukar cadar-cadar disetiap bilik, membersihkan tingkap dan menyusun barang-barang cenderamata di dalam bilik stor.

Dengan kerjasama semua AJK, program gotong-royong ini berjaya disiapkan pada jam 5.00 petang dengan jamuan Mee Hoon Goreng (disediakan oleh Pengerusi PERSIAP Kajang) dan Teh O (disediakan oleh Puan Zaiton).

.

Saturday, January 30, 2010

Mesyuarat AJK 01/2010

.
28 Januari 2010

Mesyuarat pertama bagi AJK PERSIAP Kajang Sessi 2010/2011 telah berjaya diadakan mulai jam 8.00 malam bertempat di Rumah PERSIAP Kajang.

Kesemua ahli hadir menjayakan mesyuarat kecuali Puan Halimah Hassan yang bertugas malam.

Antara perkara yang dibincangkan adalah:-
  1. Perlantikan biro-biro serta menyediakan takwin aktiviti PERSIAP Kajang sepanjang 2010.
  2. Penyerahan borang ahli/keluarga yang sakit Kronik/OKU (sebanyak 4 nama serta dokumen) telah diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
  3. Penyerahan borang keahlian yang telah ditugaskan kepada biro-biro untuk membuat serahan dari pintu ke pintu. Setakat hari ini, sebanyak 150 borang telahpun berjaya diserahkan kepada Pengerusi untuk tindakan lanjut.
.

Monday, January 11, 2010

Biro Amal dan Kebajikan

Laporan @ Januari
---------------------------

17 Januari 2010

Seramai 22 orang ahli PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarahi Puan Ummi yang kematian anak (kelahiran tak cukup bulan) di Kg Sawah Senggala, Port Dickson.

Dalam perjalanan pulang dari rumah Puan Ummi, mereka juga sempat membuat lawatan ke Muzium Tentera yang terletak berhampiran dengan kampong Puan Ummi.

13 Januari 2010


Seramai 20 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi ibu mertua Pengerusi PERSIAP Kajang yang menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 5 Januari 2010 lepas.

Mereka juga sempat meluangkan masa menziarahi Kpl Tarmizi Yaakub yang sedang dirawat di wad Dahlia, Hospital Kuala Lumpur.

11 Januari 2010

Seramai 8 orang ahli PERSIAP Kajang meluangkan masa menziarahi anak Koperal Nasir yang dimasukkan (batu karang dalam hempedu) ke wad di Hospital Kajang.

10 Januari 2010

AJK meluangkan masa menziarahi isteri kepada Wdr Yusri yang kematian bayi. Bayi meninggal sewaktu lahir (tidak cukup bulan) pada 5 Januari 2010.

2 Januari 2010

Beberapa orang ajk PERSIAP Kajang telah meluangkan masa menziarah S.I Kandi yang mendapat rawatan kencing manis di Hospital Kajang pada jam 10.00 pagi.
.
.

Sunday, January 10, 2010

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16

.
9 Januari 2010
2.00 petang - 4.30 petang

Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 berjaya dirasmikan oleh Pengarah Penjara Kajang, Tuan Haji Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan pada tepat jam 2.20 petang di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia. Tuan Pengarah juga sempat mengada dialog bersama ahli-ahli yang hadir bertanyakan isu-isu yang memerlukan perhatian daripada pihak Penjara Kajang, hasil dari dialog ringkas dua hala ini, insyallah tindakan akan segera diambil.

Seramai 55 orang ahli PERSIAP Kajang hadir menjayakan mesyuarat agong ke 16. Sebahagian besar terdiri daripada kaum ibu dari PERSIAP Kajang dan juga anggota wanita Penjara Kajang. Hampir 80 orang tidak dapat hadir kerana bertugas, walau bagaimanapun mesyuarat dapat diteruskan tanpa sebarang sebarang isu yang dibangkit dan diikuti dengan pemilihan AJK bagi sesi 2010/2011. Pemilihan nama untuk dicalonkan sebagai wakil AJK Majlis Tertinggi juga telah dibuat dengan 4 penamaan calon dipersetujui ahli dan nama-nama ini akan diberikan kepada Setiausaha PERSIAP Malaysia bagi tindakan seterusnya.

Mesyuarat selesai tepat jam 4.00 petang dengan ucapan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang hadir serta penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada PERSIAP Kajang.
.
.

Mesyuarat Agong PERSIAP Kajang ke 16 @ Gambar





































Ceramah Agama @ 9 Januari 2010

.

10.00 pagi - 12.30 tengahari
Ceramah Agama oleh PROF. MADYA DR SHARIFAH HAYAATI SYED ISMAIL AL-QUDSY
(Kudapan pagi / Makan Tengahari
disediakan oleh PERSIAP Kajang)


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi peluang kepada PERSIAP Kajang untuk menjayakan ceramah agama ini dengan seramai 76 orang ahli PERSIAP Kajang termasuk 10 orang wakil dari PERSIAP IPPM/MPM telah meluangkan masa menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan pada pagi ini. Antara ilmu yang dapat dikongsi bersama adalah kelebihan beristigfar, waktu-waktu yang sesuai berzikir.

Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari yang telah disediakan oleh PERSIAP Kajang kepada semua peserta ceramah.

.

Ceramah Agama @ 9 Januari 2010 @ Gambar
































Wednesday, December 30, 2009

Biro Amal dan Kebajikan

.
.
Sepanjang bulan Disember 2009,
AJK serta beberapa orang ahli PERSIAP Kajang telah menziarah beberapa orang ahli / anggota keluarga yang sakit dan melahirkan anak.


6hb Disember 2009
-----------------------
Puan Rohani Sahak isteri kepada Abd Fatah b Abd Majid, melahirkan bayi perempuan.

7hb Disember 2009
----------------------
Puan Noridah Abd Rahman (IC. 790927-03-5604) isteri kepada Mohd Shahrizat bt Mohad Ariff, melahir bayi lelaki.

29 Disember 2009
-------------------

Menziarah anak kepada Sarjan Siti Jawahir yang dimasukkan ke Hospital Kajang kerana sesak nafas.

.
.

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat AJK

23 November 2009
Mesyuarat AJK PERSIAP Kajang
8.00 malam - 10.00 malam
Rumah PERSIAP Penjara Kajang


Kesemua AJK, kecuali Puan Halimah yang bertugas malam, hadir pada mesyuarat terakhir bagi tahun 2009 ini. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah:-

  • mengemaskini maklumat ahli (semua AJK terlibat akan memastikan maklumat diperolehi bagi setiap zon (Wira Jaya/Desa Mutiara) selesai selewat-lewatnya pada 24 Disember 2009 dan diserahkan kepada Setiausaha PERSIAP Kajang, Sjn Ratna bagi tindakan lanjut.
  • mendapatkan informasi ahli-ahli / keluarga yang mengidap SAKIT KRONIK, Ibu Tunggal dan OKU.
  • memberi gambaran aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksana pada tahun 2010
  • menetapkan mesyuarat agong PERSIAP Kajang pada 9 Januari 2010 dengan merangka beberapa aktiviti untuk diisi pada hari berkenaan, melantik Pengerusi Sementara bagi mengendalikan mesyuarat agong serta pemilihan AJK baru bagi sesi 2010/2011.
.
.

Wednesday, November 18, 2009

TASKA Gemilang


17 November 2009
-----------------------

Lama tak menjengok anak-anak di TASKA Gemilang, Kajang, hampir dua bulan rasanya tak ke sana.

Hari ini luangkan sedikit masa membuat Cupcakes untuk anak-anak di TASKA Gemilang ..... hope you kids like the cakes !

Bermula dengan hanya 6 orang anak-anak di hantar ke TASKA sejak dibuka tiga bulan yang lepas, alhamdulillah hari ini seramai 33 orang anak-anak dijaga di TASKA Gemilang dengan kira-kira 70% terdiri dari anak-anak berusia 12 bulan ke bawah, manakala selebihnya terdiri dari anak-anak berusia 13bulan - 4 tahun.

Mengunakan resepi Vanilla cupcake + simple deco using buttercream. Kek disimpan di dalam Cupcake Caddy yang boleh memuatkan 24 biji cupcakes
, tambahan 6 biji lagi terpaksa dimasukkan ke dalam bekas kek yang berasingan.


Tuesday, November 10, 2009

Biro Amal dan Kebajikan


7 November 2009


Lebih kurang 25 orang ahli PERRSIAP Kajang telah menziarahi ahli keluarga/rakan-rakan yang sakit di Hospital Kajang, antaranya:-

Puan Wan (isteri Kpl Shaari) - sakit barah
Puan Ain (isteri WP Zahari) - sakit jantung
Puan Rohani (isteri WP Iskandar @ IPPM) - sakit ketumbuhan di dalam perut
.
.

Tuesday, November 3, 2009

Biro Amal dan Kebajikan

31 Oktober 2009

Seramai lebih kurang 20 orang dari ahli PERSIAP Kajang telah menziarahi anak perempuan Sarjan Zaleha di HUKM yang mengidapi sakit paru-paru berkuman. Semoga anak beliau akan cepat semboh dan kembali menyambung pelajaran di Arab Saudi tak lama lagi.
.
.

Saturday, October 24, 2009

Deepavali

17 Oktober 2009

AJK PERSIAP mengambil peluang mengunjungi ahli-ahli yang beragama HINDU yang tidak pulang ke kampung halaman untuk sama-sama meraikan sambutan Perayaan Deepavali di kediaman mereka.

Antara hidangan yang dihidangkan adalah Tosei, Kari Ayam, Capatti, Wadei, kuih-muih seperti murukku turut dijamu kepada tetamu oleh tuanrumah.
.
.

Sambutan Perayaan Hari Raya Kompleks Penjara

6 Oktober 2009

Majlis sambutan Aidil Fitri bagi kompleks penjara telah berjaya dianjurkan pada 6 Oktober 2009 bertempat di perkarangan Dewan Kelab Pegawai Kanan Penjara Kajang. Dianggarkan seramai 3000 orang kakitangan, keluarga dan jemputan hadir memeriahkan majlis sambutan ini.

Ahli-ahli PERSIAP Kajang juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis dengan pelbagai aktiviti dianjurkan, di antara aktiviti yang dianjurkan adalah Ceramah Agama oleh YB Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dan YB Ustaz Wan Akashah, di Dewan Masjid Jabatan Penjara Malaysia pada sebelah pagi hari yang sama. Cabutan nombor bertuah juga dibuat pada sepanjang hari majlis sambutan perayaan ini.

Majlis yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini berakhir kira-kira pada jam 5.30 petang.
.
.

Tuesday, September 1, 2009

Moree PERSIAP Kajang

.
29 August 2009


PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian menyediakan juadah moree kepada jemaah yang menunaikan Solat Terawih di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Sg Jelok, Kajang.
.

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti bersama PERSIAP Majlis Tertinggi

.
15 Ogos 2009

Ibu Cemerlang Keluarga Terbilang
anjuran PERSIAP Simpang Renggam
Hotel Aneka Kluang, Johor


PERSIAP Kajang diwakili oleh Puan Zaiton, Puan Rokiah dan Puan Norhashimah telah mengikuti rombongan bas dari Maktab Penjara Malaysia. Kursus sehari ini insyallah akan dapat memberikan manafaat kepada semua peserta yang hadir pada hari tersebut.
.
.

Tuesday, August 11, 2009

Ceramah Agama

.
10 Ogos 2009
Ceramah Israk-Mikraj
Masjid Jabatan Penjara Malaysia

Seramai lebih kurang 160 orang muslimin muslimat terdiri dari pegawai-pegawai penjara serta isteri, anak-anak dan juga dari masyarakat sekitar telah mengikuti Ceramah Israk-Mikraj dengan penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Haji Ali dari Masjid Sultan Al-Mizan @ Masjid Besi Putrajaya.

Hadirin mula berkumpul di masjid untuk solat Maghrib berjemaah dan seterusnya diikuti dengan ceramah yang telah diatur pada malam itu. Ceramah berlangsung sehingga jam 9.00 malam dan kemudian diikuti dengan solat Isyak berjemaah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam yang telah disediakan oleh pihak AJK Masjid untuk semua para hadirin.

Semoga majlis seumpama ini dapat menarik lebih ramai lagi muslimin-muslimat di masa-masa akan datang. Insyallah.
.
.

Saturday, August 8, 2009

Merakyatkan Seni Budaya








































































































































































































































































































































.
.
8 Ogos 2009
Program Merakyatkan Seni Budaya
Dataran A / B Kompleks Perumahan Penjara
.
Seawal jam 8.00 pagi, kelihatan ramai anggota penjara serta keluarga mereka telah mendaftarkan diri oleh pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh JKKW (Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Selangor) serta pegawai-pegawai dari Penjara Kajang dan juga Penjara Wanita Kajang.
.
Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Gubahan Hantaran Pengantin, Pertandingan Galah Panjang, Untai Getah 'skipping', Congkak, Batu Seremban, Poco-poco berkumpulan, Sepak Takraw Berkumpulan dan tidak ketinggalan persembahan nyanyian oleh JKKW dan Penjara Kajang. Aktiviti juga diselang-selikan dengan acara CABUTAN BERTUAH. "Tuah Ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".
.
Seramai 10 orang ahli dan AJK PERSIAP Kajang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Ikan Air Tawar yang terdiri daripada pasangan suami-isteri, wakil dari RPD dengan kemenangan berpihak kepada Puan Nita & suami beliau dengan hidangan Masak Lemak Tempoyak.
.
Manakala dalam pertandingan Gubahan Hantaran Pegantin pula dimenangi oleh Puan Nazariah (AJK PERSIAP Kajang) yang bergabung tenaga dengan rakan sekerja dari Penjara Wanita Kajang. Gubahan Sireh Junjung berbunga mawar.
.
.